Kemalangan demi kemalangan melanda kem Pas

Kemalangan demi kemalangan melanda kem Pas

Razman melihat kereta petugas Pas yang remuk selepas terlibat dengan kemalangan yang meragut nyawanya.

 

Kemalangan demi kemalangan melanda kem Pas dalam dua pilihan raya kecil (PRK) kali ini dan telah menyebabkan lima terbunuh sehinga kini.

Pagi tadi, dua beranak petugas Pas dari Kuala Langat yang bertugas di Sungai Besar dilanggar kereta sehingga meinggal dunia.

Jenazah Sharif dibawa keluar oleh Timbalan Ketua Pemuda Pas Wilayah Persekutuan, Nurul Islam Mohd Yusof dengan diiringi Nik Abduh.Sharif Din bersama anaknya yang dikenali sebagai Wan sahaja meninggal di tempat kejadian apabila mereka berdua dilanggar oleh kereta yang dipandu laju ketika melintas jalan untuk menunaikan solat subuh.

Kejadian berlaku di Markas Pas Hulu Langat yang terletak di Parit 8, Sungai Leman Darat, Sungai Besar.

Arwah dan anaknya dilaporkan melambung apabila dilanggar kereta yang sangat laju dan meninggal dunia di tempat kejadian.

Allahyarham Sharif adalah setiausaha jentera pilihan raya Pas kawasan Hulu Langat yang bertugas di situ.

5 Jun lalu, petugas Unit Amal Pas maut selepas kereta yang dinaikinya bersama dua anak lelakinya terhumban dalam sungai dalam kejadian di Jalan Tanjung Malim, Sungai Besar Gedangsa.

Dalam kejadian tersebut, mangsa, Nik Asif Nik Mat, 47, dan anaknya Nik Afiq Farhan, 18, meninggal dunia di lokasi.

Seorang lagi anaknya, Nik Muhammad Fariss, 24, yang juga pemandu terselamat selepas sempat ditarik keluar oleh pasukan penyelamat.

Pada 9 Jun, Penolong Setiausaha Pas Lenggong meninggal dunia dalam perjalanan untuk mendengar taklimat pilihan raya  di Kuala Kangsar.

Beliau adalah petugas PACA (polling agen dan counting agen) untuk calon Pas dalam pilihan raya ini.

Pesuruhjaya Pas Perak, Razman Zakaria berada di tempat kejadian bagi melihat kemalangan maut itu.

Sebelum ini juga, Ketua Dewan Ulama Pas Perak, Sidek Noor kemalangan di Tanjung Karang namun beliau tidak mengalami sebarang kecederaan.

Beliau yang terkenal melalui media sosial melalui berita yang diviralkan kononnya tidak mahu menjawab salam bekas pesuruhjaya Pas Perak, Ahmad Awang.

Sidek Noor kemalangan di Tanjung Karang namun tidak mengalami sebarang kecederaan.

 

 

COMMENTS

Wordpress (0)