Malaysia Dateline

Kemanakah pergi janji Manifesto PH nak Hapuskan hutang PTPTN

“Mahasiswa paling miskin dalam negara kerana hutang PTPTN diambil secara paksa kepada kami.

“Kalau gaji kami RM1,000 kami terpaksa berhutang RM400 sebulan. Jangan sampai anak muda Malaysia terpaksa ‘melacur’ untuk hidup dalam negara kita. Ada mak ayah mati tak dapat beli tiket bas untuk balik kampung,” ujarnya sejurus ditahan pihak polis yang tidak membenarkan sekumpulan mahasiswa yang telah berjalan kaki sejauh 9 kilometer dari Universiti Malaya untuk melepasi pintu pagar ke bangunan Parlimen hari ini untuk bertemu dengan Menteri Pendidikan Maszlee Malik.