
Kematangan ahli AMANAH Sarawak dipuji
Kematangan ahli-ahli Parti AMANAH Negara Negeri Sarawak yang hadir pada Konvensyen Tahunan kali Ke-4 yang diadakan di Sibu, Sabtu lalu haruslah dipuji.
Menurut Timbalan Pengerusi AMANAH Sarawak, Hud Andri Zulkarnaen, beliau melahirkan rasa syukur kerana tiada perkara serta elemen yang boleh menimbulkan kontroversi hingga mencemarkan imej parti sepanjang konvensyen itu.
Katanya, semua perwakilan,pemerhati,calon termasuk Jawatankuasa Negeri telah menunjukkan tahap profesional dan memiliki sikap matang yang tinggi sebelum dan selepas sepanjang pemilihan berlangsung.
“Konvesyen kali ini bukan sekadar konvesyen biasa.Ia merupakan konvesyen bagi memilih kepimpinan negeri yang baharu untuk sesi 2019-2022.
Alhamdulilah…suasana konvesyen pemilihan berjalan dengan aman, dan dikendalikan dengan teratur.
“Justeru, barisan kepimpinan baharu yang dipilih adalah mengikut landasan sistem demokrasi parti,bersih dan tanpa sebarang manipulasi.
“Saya amat bersyukur kerana dalam pemilihan penting ini tiada sedikitpun perkara serta elemen yang boleh menimbulkan kontrovesi sehingga boleh mencederakan imej parti. Semuanya terikat dengan peraturan serta undang-undang yang ditetapkan.
“Semua pewakilan, pemerhati, calon, barisan kepimpinan yang lama dan semua ahli telah menunjukkan tahap profesional serta sikap matang yang tinggi sekali gus mempamerkan sikap Rahmatan lil Alamin yang sebenar,” ujar beliau ketika ditemui di Pejabat AMANAH Negeri Sarawak di Kuching hari ini.
Pada masa sama, beliau tidak menafikan terdapat ahli yang berkecil hati kerana tidak dicalonkan namun itu adalah lumrah berorganisasi.
“Terdapat juga suara-suara yang tidak enak kedengaran tentang barisan baharu namun perjuangan harus di teruskan.Ini kerana berorganisasi atau berparti adalah kerja-kerja berjemaah dan bukannya kerja ‘one men show’, jelas beliau.
Hud menambah, apa yang penting ialah AMANAH Sarawak mesti bergerak dipersada politik negeri ini seiring dengan rakan parti komponen Pakatan Harapan (PH) yang lain sekali gus menyusun langkah mengembangkan parti dan sayap-sayap serta bersiap siaga bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Ke-12 yang akan datang.
Seterusnya kata beliau lagi, Parti AMANAH adalah hak semua dan setiap ahli-ahlinya yang mencorak dan menjaganya sebaik mungkin.
“Kalau pepimpinan yang dipilih tidak berkerja, maka ahli boleh menukar kepimpinan itu mengikut saluran demokrasi parti setiap tiga tahun sekali,” ujarnya.