Kematian Bill Kayong suntik semangat juang pertahan tanah adat

Kematian Bill Kayong suntik semangat juang pertahan tanah adat

Naib Presiden Parti Amanah Negara (Amanah) Hasanuddin Mohd Yunus diberi penghormatan menyampaikan talqin dan tazkirah di upacara pengebumian Setiausaha PKR Cawangan Miri, Allahyarham Bill Kayong di Miri, petang semalam.

Beliau menyifatkan kematian Allahyarham Bill Kayong atau nama Islamnya, Mohamad Hasbi Abdullah sebagai kematian yang membakar semangat seluruh warga Malaysia untuk meneruskan perjuangan mempertahankan hak mereka.

“Alhamdulilah saya diberi penghormatan untuk membaca talqin dan tazkirah si upacara pengebumian yang dihadiri ribuan orang Islam dan bukan Islam.

“Mereka tersentuh dengan talqin yang dibaca dan orang bukan Islam pun turut menghayati talqin dan tazkirah yang saya baca.

“Ribuan batu saya datang semata-semata menziarahi ANAK DAYAK mati dibunuh.

“Kematian yang membakar semangat seluruh warga Malaysia bahawa perjuangan baru bermula,” katanya keapda Malaysia Dateline.
Bill Kayong yang juga Setiausaha Persatuan Dayak Sarawak (PEDAS) ditembak mati oleh individu tidak dikenali menggunakan senapang patah ketika berada di dalam kenderaan pikap Toyota Hiluxnya, di persimpangan lampu isyarat di Lutong, Miri, kira-kira 8.30 pagi, 21 Jun lepas.

Bill Kayong juga merupakan aktivis yang memperjuangkan hak tanah adat bumiputera (NCR).

Allahyarham menjadi calon PKR kawasan Bekenu pada Pilihan Raya Sarawak ke-11 yang lalu.

Hasanuddin berkata, walaupun motif pembunuhan tidak diketahui namun kematiannya sangat berkait dengan ciri-ciri hadis Nabi S.A.W berkaitan mati syahid akibat mempertahankan harta, keluarga dan agama.

Solat jenazah saudara Hasbi @ bill kayongMenurut beliau, mati syahid ada dua jenis iaitu syahid dunia dan akhirat- mereka yang sah dan jelas dibunuh dalam peperangan pada jalan Allah. Ia tidak perlu dimandikan, memadai dikafankan dengan pakaian sedia ada, disolatkan dan dikebumikan.

Manakala syahid yang kedua ialah syahid akhirat iaitu satu kematian di luar medan peperangan, dianggap sebagai syahid kecil dan diperlakukan seperti mengurus jenazah biasa.

Beliau turut berkongsi dua dalil antaranya yang bermaksud “Syuhada’ ada tujuh selain terbunuh di jalan Allah. Mati karena waba’ tha’un adalah syahid, mati kerana lemas adalah syahid, mati karena sakit di bahagian dada adalah syahid, mati sakit di dalam perut adalah syahid, mati terbakar adalah syahid, mati ditimpa runtuhan adalah syahid dan wanita yang mati ketika melahirkan (berkaitan hamil dan selepasnya) adalah syahid”.

Dalil yang kedua pula, dari Sa’id bin Zaid, dari Nabi S.A.W, beliau bersabda:
“Sesiapa yang dibunuh karena membela hartanya maka ia syahid. Sesiapa yang dibunuh karena membela keluarganya maka ia syahid. Sesiapa yang dibunuh karena membela darahnya atau karena membela agamanya, ia syahid”

“Maka wajarlah kita beramai-ramai mendoakan agar Allah S.W.T menerimanya sebagai sebahagian dari para syuhada’Nya.
“Semoga Allah S.W.T menerima segala amalan dan perjuangannya.
“Semoga usaha beliau mempertahankan tanah rakyat berada dalam “telikan” dan “renungan” Tuhan yang bersifat Basirah (Maha Melihat),” ujarnya.

COMMENTS

Wordpress (0)