Malaysia Dateline

Kematian bukan gurauan apatah lagi datang dari pemimpin parti Islam

“Janganlah kerana keburukan perangai kita menyebabkan Islam dipandang hina,” demikian luah pendakwah Firdaus Wong Wai Hung di entri facebooknya.

Tidak berhenti di situ, melalui Twitter Firdaus turut mengingatkan bahawa kematian bukan sesuatu yang boleh dijadikan gurauan apatah lagi datang dari seorang pemimpin parti berasaskan Islam.

“Bergurau ada batasnya.

“Janganlah kerana keburukan perangai anda yang kononya dari parti Islam menyebabkan Islam dipandang hina oleh orang lain. Bertaqwalah,” tulis beliau.

Pendakwa kesal apabila gurauan kematian datang dari pemimpin parti Islam

Firdaus difahamkan telah merujuk kepada isu Menteri Besar Kedah dari Pas Muhamad Sanusi Md Nor yang melawak ketika jumlah korban COVID-19 terus meningkat di seluruh negara.

Di mana Sanusi dengan ketawa mempelawa rakyatnya dengan memberi nama terlebih dahulu jika hendak ditempatkan dalam kontena jenazah.

“Kontena jenazah mencukupi, siapa nak masuk bagi nama,” kata Sanusi ketika ditanya media sama ada tempat menyimpan mayat pesakit Covid-19 mencukupi atau sebaliknya.

Sanusi juga mengingatkan penduduk di Sungai Petani mematuhi prosedur operasi standard (SOP) Covid-19 kerana hospital di sana sudah penuh.