Kematian Tien Chee, Suhaimi kehilangan besar Pakatan Harapan, kata MB Selangor

Kematian Tien Chee, Suhaimi kehilangan besar Pakatan Harapan, kata MB Selangor

Amiruddin Shari

Pemergian Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun-DAP) Balakong Eddie Ng Tien Chee yang maut dalam kemalangan awal pagi tadi, adalah yang kedua dalam tempoh tidak sampai sebulan selepas pemergian Adun Sungai Kandis Allahyarham Mat Shuhaimi Shafie pada 2 Julai.

Menteri Besar Selangor Amirudin Shari berkata kekosongan yang ditinggalkan oleh mendiang yang aktif dalam Pakatan Harapan Selangor menerusi Unit Tindak DAP pasti akan dirasai rakyat Selangor, terutamanya mereka di kawasan Balakong.

“Ng atau lebih dikenali sebagai Eddie Ng adalah Adunyang berkhidmat dengan penuh dedikasi untuk penduduk Balakong serta komited mewakili suara mereka dalam Dewan Undangan Negeri Selangor sejak bergelar Adun pada 2013.

“Dari awal saya mengenali mendiang, saudara Eddie tidak lekang dengan senyuman dan sentiasa sedia membantu sesiapa sahaja yang memerlukan pertolongan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata kehilangan dua Adun itu adalah kehilangan yang besar buat Pakatan Harapan.

“Kedua-dua Adun ini telah banyak memberi khidmat kepada rakyat dan negeri. Saya mengucapkan takziah kepada isteri, anak-anak dan keluarga mendiang saudara Eddie serta berharap mereka tabah menghadapi ujian ini,” katanya.

Dalam kejadian kira-kira 12.30 tengah malam itu, mendiang yang memandu kenderaan jenis Nissan x-Trail dari arah Kuala Lumpur ke Kajang, maut selepas melanggar belakang sebuah lori di KM11.7 Lebuhraya Grand Saga.

Ng maut di tempat kejadian akibat kecederaan parah pada kepala.

Pada Pilihan Raya Umum ke-14, 9 Mei lepas, Adun DAP itu berjaya mengekalkan kerusi Dun Balakong untuk penggal kedua selepas menewaskan calon BN dan Pas dengan majoriti 35,538 undi.

Dengan kekosongan kerusi  Dun Sungai Kandis,  Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR)  menetapkan esok adalah proses  penamaan calon  dan PRK Sungai Kandis akan diadakan pada 4 Ogos depan.

PKR malam tadi mengumumkanseorang Pengetua Maahad Tahfiz Ustaz Mohd Zawawi Ahmad Mughni  akan bertanding di kerusi Dun Sungai Kandis. Dijangka pertandingan dua penjuru berlaku antara PKR dan BN. BN akan mengumunkan calon yang akan menentang PKR  pada petang ini.

7.0
OVERALL SCORE
: 7.0
Have no any user vote