Kembali kepada Kementerian Wilayah Persekutuan

Kembali kepada Kementerian Wilayah Persekutuan

Selepas ditukar kepada Kementerian Wilayah, nama kementerian itu kini ditukar balik kepada Kementerian Wilayah Persekutuan.

Perkara ini diumumkan secara sepintas lalu oleh menterinya Khalid Abdul Samad dalam satu majlis di sebuah hotel dekat Kuala Lumpur hari ini.

“Nama kementerian Wilayah telah dikembalikan kepada nama asalnya Kementerian Wilayah Persekutuan,” kata Khalid.

Khalid tidak memberikan penjelasan lanjut kenapa namanya dikembalikan kepada nama lama itu.

Apabila kabinet dibentuk selepas PRU 14 nama baru diberikan kepada kementerian yang diketuai ahli parlimen Shah Alam itu.

Pada 23 Oktober 2009, ketika pembentangan Bajet 2010, bekas Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Razak telah mengumumkan bahawa fungsi dan tanggungjawab Kementerian Wilayah Persekutuan diperkukuh dan diperluaskan untuk membasmi kemiskinan bandarseluruh negara dan melaksanakan program kesejahteraan bandar.
Sehubungan itu,pada 13 November 2009. Kementerian Wilayah Persekutuan dengan rasminya dikenali sebagai Kementerian Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar.

Kementeri Wilayah Persekutuan diwujudkan pada tahun 1979 untukmenjalankan tugas dan fungsi sebagaimana yang dinyatakan dalam Akta FungsiFungsiMenteri 1969.

Pada masa itu.kementerian berfungsi sebagai penyelaras perancangan dan pembangunan Kuala Lumpurdan kawasan Lembah Kiang selaras dengan penubuhan satu Majlis PerancanganWilayah Lembah Kiang dan Jawatankuasa Kerja Perancangan Wilayah LembahKiang.

Pada tahun 1981, Kementerian Wilayah Persekutuan telah diturunkanstatusnya menjadi satu bahagian di bawah pentadbiran Jabatan Perdana Menteri (JPM) yang beroperasi sebagai Unit Perancangan Lembah Kiang.

Untuk menampung strategi pembangunan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Labuan pula, pada tahun 1984 telah diwujudkan Bahagian Kemajuan Wilayah Persekutuan danPerancangan Lembah Kiang untuk melaksanakan dasar pembangunan WilayahPersekutuan Kuala Lumpur dan Labuan.

Penyusunan semula Kabinet pada 27 Mac 2004 oleh bekas perdana menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi telah menyaksikan Kementerian Wilayah Persekutuan ditubuhkan semula untuk memberi tumpuan khusus terhadap
kemajuan Wilayah Persekutuan (Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya) di sampingbertanggungjawab untuk menyelaras Perancangan Lembah Kiang seperti yangtersebut dalam Akta Fungsi-Fungsi Menteri 1969 (pindaan terkini).

COMMENTS

Wordpress (0)