Kembalikan Felda dilandasan yang betul

Kembalikan Felda dilandasan yang betul

Presiden  Persatuan Anak Peneroka Felda (ANAK) mahu Felda kembali ke landasan yang betul sebagaimana gagasan yang pernah digariskan oleh bekas perdana menteri kedua Allahyarham Tun Abdul Razak.

Pengerusi ANAK Mazlan Aliman dalam perutusan kemerdekaannya berkata, Felda yang diwujudkan pada 1956 dengan matlamat menyusun semula masyarakatdan membasmian kemiskinin, kini mempunyai 112,635 orang peneroka di 317 tanah-tanah rancangan Felda yang mana 95 % daripadanya adalah orang Melayu.

Cabaran besar yang dihadapi daripada gagasan besar Allahyarahm Tun Abdul Razak untuk menempatkan masyarakat luar bandar kepada satu institusi seperti Felda.

“Kita saksikan kejayaan Felda pernah menjadi kebanggaan kita dan model di seluruh dunia.

“Apa yang menjadi kegusaaran di ketika ini Felda mengharungi cabaran dan detik sukarnya ekoran kesilapan besar bukan sahaja dengan penyenaraian FGV dalam Bursa Malaysia pada 2012 tetapi apabia Felda diterajui di kalangan mereka yang tidak beramanah yang mempunyai percaturan dan rakus untuk mengambil segala manfaat daripada Felda,” ujarnya.

Dalam video berdurasi 4minit itu Mazlan menegaskan, menjadi tanggungjawab bersama rakyat negara ini menangani situasi kritikal yang berlaku di Felda.

“Kita perlu bersama menyelamat dan memulihkan Felda sama ada berkaitan dengan sumber pendapatan peneroka, pembangunan anak-anak syarikat dan yang lebih penting perubahan untuk mengembalikan Felda di landasan yang betul,” tegasnya.

{loadposition myposition} Beliau berpandangan untuk ke arah itu maka generasi muda Felda yang menjadi kelompok majoriti hari ini, mesti mengambil peranan sepatutnya membawa Felda ke arah kecemerlangan.

“Perubahan yang besar harus dilakukan dengan erti kata lain yang mana Felda harus diangkat dan dimartabatkan sebagai satu institusi yang berintegriti yang tidak sama sekali dikompromikan dengan mereka yang telah menjahanamkan, merosakkan Felda dan membawa kembali Felda sebagaimana matlamat asal yang disasarkan,” ujarnya.

Dengan tema kemerdekaan ke 60 “Negaraku Sehati Sejiwa” maka Felda ujarnya lagi, akan kembali dicorakkan mengikut acuan dan ladasan yang diajar oleh agama Islam yang perlu diberikan perhatian uama dalam usaha memulihkan Felda.

CATEGORIES
TAGS