Kembalikan Malaysia sebagai ‘ Harimau Asia’ struktur semula ekonomi

Kembalikan Malaysia sebagai ‘ Harimau Asia’ struktur semula ekonomi

Malaysia akan bangkit kembali sebagai ‘Harimau Asia’ kata Menteri Kewangan Lim Guan Eng ketika membentangkan Belanjawan 2019 di Parlimen hari ini.

Ia perlu disandarkan kepada usaha keras kerajaan Pakatan Harapan untuk memulihkan fiskal dan melaksanakan pelbagai pembaharuan institusi bagi menambah baik ketelusan dan akauntabliti pentadbiran negara.

Lim Guan Eng berkata perubahan struktur seumpama itu akan memastikan pertumbuhan mampan, kestabilan pasaran modal dan sektor kewangan dan juga akan mentransformasikan Malaysia daripada kleptokrasi global kepada demokrasi yang berasaskan peraturan.

COMMENTS