Kembalikan papan tanda Orang Asli Kampung Air Jernih

Kembalikan papan tanda Orang Asli Kampung Air Jernih

Timbalan Ketua Kawasan Amanah Jelebu Md Aji Abdul Razak semalam telah membuat laporan polis di Balai Polis Daerah Pertang, ekoran kehilangan papan tanda yang dibina parti itu khusus untuk penduduk Orang Asli di Kampung Air Jernih.

Beliau melahirkan kekesalan dengan kejadian berlaaku apabila mendapati papan tanda Kampong Orang Asli Air Jernih itu telah hilang disyaki dicuri oleh individu yang tidak bertanggungjawab.

“Papan tanda tersebut adalah sumbangan kami Parti Amanah Negara Kawasan Jelebu kepada penduduk Islam Kampong Orang Asli Air Jernih.

“Papan tanda itu adalah sebagai menandakan wujudnya sebuah perkampongan orang Islam yang penduduknya terdiri dari orang asli di Pertang ini,” ujarnya dalam satu kenyataan.

Difahamkan papan tanda Kampung Air Jernih itu telah didirikan pada 14 Januari lalu.

“Papan tanda itu adalah hasil usaha kami sebagai sumbangan kerana menengahkan isu-isu masyarakat orang asli Kg Air Jernih ini yang terpinggir dari arus pembangunan walaupun kampong mereka ini tidak lah jauh dari Kampung g Geylang dan pekan Pertang itu sendiri.

“Amanah Kawasan Jelebu bersama PKR Cabang Jelebu kini sedang berusaha untuk menaikkan surau di Kampong Air Jernih ini bagi kemudahan penduduk untuk bersolat dan beribadat.

“Nampaknya terdapat individu yang tidak berpuashati dengan usaha kecil kami ini untuk membantu penduduk Islam Kg Orang Asli Air Jernih.

“Sepatutnya individu yang tidak bertanggung jawab ini bukan memangsakan papan tanda tersebut sebaliknya mereka patut berusaha membantu penduduk kampung. Apa salahnya papan tanda yang berdiri tegak ditepi jalan tersebut?,” soalnya.

Beliau menambah isu penduduk Kampung g Orang Asli ini diabaikan dan dipinggirkan, sebaliknya papan tanda itu pula yang dimangsakan. B

“Bagi mereka yang melakukannya, saya nasihatkan supaya jangan sombong dan bongkak serta lupa diri. Kita hidup di dunia ini mestilah saling tolong menolong dan bantu membantu, supaya hidup kita akan lebih harmoni.

“Sememangnya wawasan parti Amanah adalah untuk mewujudkan satu Negara bangsa yang harmoni dengan berbilang kaum dan suku bangsa.

“Saya berharap supaya individu yang telah mencuri papan tanda di Kampung Orang Asli Air Jernih supaya memulangkannya semula kepada penduduk kampung.

“Kita mahu menjadi orang yang maju dan bertamadun dan kita tidak boleh menganiaya atau meminggirkan mana-mana suku bangsa pun di Malaysia ini sekiranya kita mahu mencapai wawasan tersebut.

“Bantu lah penduduk Islam Orang Asli Kg Air Jernih ini dan bukan menganiaya atau mengenepikan mereka dari arus pembangunan,” ujarnya.

Hanya tinggal tapak tiang: Kehilangan papan tanda telah dibuat laporan polis oleh Amanah Kawasan Jelebu semalam.

TAGS