Kembalinya Ghafar Baba melalui Mohamad Sabu?

Apakah Mohamad Sabu bakal menjadi Ghabar Baba, penyatu untuk PH.

Semasa Ghafar Baba menjadi timbalan Perdana Menteri Malaysia kepada Tun Dr Mahathir Mohammad pada penggal pemerintahanya yang bertama, allaryarham Tun Ghaffar Baba menjadi penyokongnya yang kuat dan akrab di dalam UMNO.

Kualiti Ghafar Baba, sebagai seorang pemimpin yang berjiwa rakyat turut menenangkan suasana politik yang pincang dan juga tegang di ambang tahun 1990-an.

Berdasarkan peranan yang dimainkan oleh Tun Ghafar Baba, yang berasalnya dari Alor Gajah, Melaka, Tun Mahathir dapat mengamankan keadaan politik semasa dengan lebih berkesan.

Kuncu kuncu politik UMNO yang ingin memberontak terhadap Dr Mahathir, biar dari luar—- iatu Semangat 46—-atau dalaman, terpaksa memperlahankan langkah politik mereka.

Mohamad Sabu, atau lebih dikenali sebagai Mat Sabu, masih belum mencapai tahap Ghaffar Baba lagi. Itu sudah tahap negarawan.

Tetapi nasihat dan tunjuk ajar yang Dr Mahathir berikan kepada Mat Sabu dilihat amat penting dalam tiga isu. Ketiga tiga isu ini akan menjadikan Mat Sabu seorang pemimpin yang luar biasa di Malaysia ataupun serantau, malah seluruh dunia.

Yang pertama, Kementerian Pertahanan Malaysia masih menegas bahawa Malaysia merupakan negara yang mengamalkan prinsip dasar luar negara yang bersifat neutral atau berkecuali dalam pertandingan kuasa kuasa besar. Mat Sabu merupakan seorang pelajar sejarah yang amat peka kepada soal soal hubugan antarabangsa sebegini.

Malah, tidak ada cacat celah dalam kefahaman Mat Sabu mengenai hubungan antarabangsa. Misalnya, sebagai Menteri Pertahanan Malaysia, Mat Sabu telah mengalu galukan pengembalian askar Malaysia dari Yemen.

Kedua, sebagai seorang Menteri Pertahanan yang pernah melalui ranjau sepanjang jalan -yang kesat lagi berduri, apatah lagi sebagai seorang bekas tahanan di bawah ISA – orang yang mahu lebih dikenali sebagai Abang Mat ini tahu titik tolak kepentingan Malaysia berada di tangan pemilih. Mat Sabu tidak akan seperti kacang yang lupakan kulit.

Lebih penting lagi ialah institusi ketenteraan yang tulus. Kalau institusi boleh berjalan tanpa masalah seperti perumahan kos rendah yang bakal diberikan kepada veteran veteran askar Malaysia, motivasi mereka akan terus berkobar kobar.

Ketiga, apa pula ruginya sekiranya Mahathir, sebagai pucuk pimpinan Malaysia yang unggul, ingin memperkasakan Amanah supaya Mat Sabu boleh mengekang gejala korupsi yang telah berselerak di dalam kerajaan Malaysia, terutamanya Kementerian Pertahanan. Perkembangan sebegini memang perkara yang baik dan bermanfaat kepada kerajaan Malaysia.

Sekiranya Mat Sabu boleh berjaya dalam ketiga isu di atas, maka tidak ada lagi ada rintangan besar yang beliau harus khuatirkan, selain daripada kemelut kuasa kuasa besar di Asia Tenggara.

Yang anehnya, persona dan karisma Mat Sabu agak menyengat. Malah, paras rupanya agak bermirip dengan Allaryaham Tun Ghafar Baba juga!

Para ahli politik di dunia dan serantau harus memberi perhatian yang agak intim kepada Presiden Amanah dan Menteri Pertahanan ini.

Moga moga ia berjaya, dan boleh membantu Dr Mahathir untuk memperkasakan Malaysia lagi; biarpun hutang negara yang sudah mencecah RM1.09 trillion. Pada hemat saya, Mat Sabu boleh berjaya kerana cara politiknya yang berhaluan sederhana serta strategik.

8.8
OVERALL SCORE
: 9.0
11 user votes x 8.7