Malaysia Dateline

  • Berita
  • Negeri
  • Rencana
  • Kolumnis
  • Antarabangsa
  • Pencerahan
  • DatelineTV
  • Sumbangan
  • Hubungi Kami
Malaysia Dateline
‘Kembalinya tokoh alumni UIAM yang masyhur’

‘Kembalinya tokoh alumni UIAM yang masyhur’

ASMAALIFF ABDUL ADAMJuly 11, 2019 8:50 pm




Peringkat awal peralihan kuasa BN-PH menyaksikan beberapa pertembungan aspirasi yang antaranya melibatkan pelantikan jawatan Presiden Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM).

Namun sebagai komponen kecil PH, kita komited membawa aspirasi yang telah terbina sekian lama, untuk membawa PH kembali dan terus berada di landasan yang betul.

Sebelum ini, pelantikan Dr. Maszlee Malik yang juga merupakan Menteri Pendidikan Malaysia telah mencetuskan polemik walaupun diberi alasan struktur pentadbiran UIAM adalah berbeza dengan universiti awam yang lain.

Dengan pelantikan yang baru selama tiga tahun berkuat kuasa 1 Julai lalu., hal ini sekaligus boleh menghapuskan polemik tersebut secara total.

Pelantikan tokoh kewangan Islam Datuk Dr. Mohd Daud Bakar sebagai Presiden UIAM yang baharu merupakan bukti komitmen seluruh komponen PH dalam merealisasikan aspirasi memisahkan institusi akademik daripada sebarang pengaruh politik.

Kewibawaan serta rekod prestasi Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah, Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (Yapeim) berkenaan tidak asing lagi. UIAM sentiasa memiliki tempat yang istimewa di hati para alumni.

Kembalinya seorang tokoh alumni yang masyhur didoakan menjadi asbab lonjakan kecemerlangan yang lebih jitu.

Adalah mustahil untuk kita mencari sebuah kerajaan yang sempurna. Namun, kita sentiasa punya HARAPAN untuk bina sebuah kerajaan yang lebih baik. Tahniah Datuk Dr. Mohd Daud Bakar.

 

* Penulis merupakan Exco Pemuda AMANAH Wilayah Persekutuan dan Alumni UIAM 2005-2017.

 

malaysiadateline.com adalah portal berita percuma yang menyajikan naratif luhur untuk pembaca budiman.

Sumbangan anda adalah penting untuk kelangsungan portal ini. Sila klik butang ‘support us’ dan sumbangan anda adalah sangat dihargai.

 





widget-image
widget-image

Popular

Anwar dicadang buat petisyen kepada Agong, PM tiada majoriti

‘Pas ikut sunnah Trump, kalah pilihan raya tapi mahu jadi kerajaan’

RM35 juta mungkin dah boleh buat lebih 6 buah masjid, kata DAP

Husam potong elaun Senator bermula gaji Januari bantu frontliner

Pemuda Pas jelas tidak menghormati PKP

Terkini

Proklamasi Darurat, rakyat dan teori pusaran keheningan

PN guna duit cukai bayar iklan puji diri

Dr Dzul, Saifudin dan Loke wakil PH dalam JK Bebas nilai Darurat

AMK sambut baik pakej rangsangan Kita Selangor

Wajibkan ujian saringan sebelum mahasiswa pulang ke kampus

Malaysia Dateline
Terima Kasih kerana mengunjungi kami.
SEARCH SOMETHING
© 2017 Malaysia Dateline. All rights reserved. Designed by Media Oren Production