Kemenangan Anwar kemenangan rakyat, kata Pemuda AMANAH

Kemenangan Anwar kemenangan rakyat, kata Pemuda AMANAH

Timbalan Ketua Pemuda AMANAH, Faiz Fadzil berkata, kemenangan Anwar Ibrahim pada pilihan raya kecil (PRK) Port Dickson semalam adalah adalah kemenangan rakyat Malaysia yang sentiasa menyokong Pakatan Harapan (PH).

Kata beliau, kemenangan ini bermaksud rakyat menyokong dasar pentadbiran negara yang sedang dirangka dan dilaksanakan sekarang berada di landasan yang betul dalam mengangkat negara ke tahap yang lebih baik, makmur dan berdaya maju.

“Syabas diucapkan kepada calon Pakatan Harapan Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana dipilih oleh pengundi sebagai Ahli Parlimen P.132 Port Dickson.

“Terima kasih kepada semua jentera Pakatan Harapan yang telah memberikan komitmen yang tinggi terutamanya jentera AMANAH dan juga jentera PH daripada DUN Permatang Pasir.

“Semoga kerja keras kita mendapat keberkatan dan kerahmatan Ilahi,” kata beliau dalam satu kenyataan lewat malam tadi.

Uajarnya, kemenangan ini adalah kemenangan rakyat yang telah berjuang bersama Anwar Ibrahim untuk mengangkat agenda reformasi lebih 20 tahun.

Oleh sebab itu katanya, beliau percaya peratusan keluar mengundi yang rendah bukan disebabkan protes rakyat, tetapi keyakinan bahawa PH akan menang mendorong mereka untuk memberikan keutamaan kepada aktiviti lain.

Majoriti lebih besar daripada PRU ke-14 adalah justifikasi adil sokongan rakyat kepada PH, tambahnya.

Ujarnya lagi, kemenangan Anwar Ibrahim untuk meletakkan beliau di dalam Parlimen adalah penting bukan hanya kerana konsensus PH yang bersetuju mencalonkan Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri, tetapi ketokohan dan karismatik Anwar Ibrahim akan memantapkan lagi pentadbiran kerajaan.

“Sekarang adalah masa untuk rakyat berdiri teguh bersama Kerajaan PH untuk mengangkat agenda pembaharuan dalam pembinaan Malaysia Baharu yang kini ditunjangi dua orang pemimpin unggul negara Tun Mahathir dan Anwar Ibrahim dengan dibantu pemimpin utama lain PH.

“PH yang bergerak atas premis konsensus sudah pasti bijak dalam menentukan masa yang sesuai bagi peralihan kuasa.

“Agenda memulihkan tadbir urus dan kewangan negara dan penyelesaian isu rakyat perlu menjadi agenda utama PH. Prinsip konsensus inilah yang menjadi kunci kejayaan PH dan kelicinan pentadbiran kerajaan.

“Sebagai kerajaan, tugas lebih berat menanti supaya PH terus dipilih mentadbir Putrajaya. Justeru, segala isu yang menyebelungi pentadbiran negara dan kehidupan rakyat perlu ditangani dan diselaikan dengan jaya dan penuh hikmah,” kata Adun Permatang Pasir itu.

Jelas beliau, mengekalkan kemenangan adalah lebih sukar daripada mendapatkan kemenangan.

7.0
OVERALL SCORE
: 10.0
1 user vote x 4.0