Kemenangan BN di Sarawak hasil perkongsian baik kerajaan persekutuan dan negeri

Kemenangan BN di Sarawak hasil perkongsian baik kerajaan persekutuan dan negeri

Perkongsian terbaik kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri Sarawak serta kepimpinan Ketua Menteri Tan Sri Adenan Satem merupakan dua faktor utama pencapaian cemerlang Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya negeri itu Sabtu lalu, kata Perdana Menteri Datuk Seri Mohd  Najib  Razak.

Beliau berkata perkongsian itu memungkinkan banyak perkara yang tidak termimpi sebelum ini seperti pembinaan Lebuhraya Pan Borneo, yang sekali gus membantu menyakinkan rakyat Sarawak untuk mengundi BN.

“Lebuhraya Pan Borneo adalah projek Persekutuan yang kita laksanakan dan kesannya adalah cukup besar di Sarawak dan banyak lagi projek yang boleh saya sebutkan satu per satu.

“Jadi, orang Sarawak melihat kalau mereka nak pembangunan, agenda prasarana mereka diselesaikan, dan kalau mereka nak bawa Sarawak ke tahap lebih tinggi, mereka perlukan sebuah kerajaan negeri yang ada hubungan begitu serasi dan akrab dengan kerajaan pusat,” kata Najib.

Perdana Menteri berkata demikian dalam Temu Bual Eksklusif Bersama Perdana Menteri yang dihoskan Sayed Munawar Sayed Mohd Mustar sempena sambutan ulang tahun ke-70 Umno di TV1 Radio Televisyen Malaysia (RTM), yang disiarkan secara langsung malam tadi.

TAGS

COMMENTS