Kemenangan JDT disaksikan tiga penjuru ‘Big Screen’ di Dun Puteri Wangsa

Oleh MALAYSIADATELINE

AMANAH Tebrau memilih Restoren Dulang, Taman Ulam Raja, Kg Maju Jaya.

Kemenangan pasukan Johor Darul Takzim (JDT) sekaligus melenyapkan rekod 25 tahun penantian bagi menjuarai Kejohanan Piala Malaysia seolah-olahnya berlaku persaingan tiga penjuru membabitkan tiga parti politik yang mengadakan program Skrin Gergasi(Big Screen) pada perlawanan berlansung, Sabtu lalu.

Dalam siaran langsung perlawanan akhir yang melibatkan pasukan Kedah menentang pasukan JDT terdapat pelbagai usaha yang telah diambil bagi mendekati hati masyarakat bagi meraikan perlawanan akhir Piala Malaysia yang berlangsung di Stadium Shah Alam itu.

Di Puteri Wangsa Parlimen Tebrau, terdapat keunikkan yang tersendiri di mana seolah-olahnya berlaku persaingan tiga penjuru membabitkan tiga parti politik yang mengadakan program big screen walaupun jaraknya hanya sekitar satu kilometer sahaja melibatkan parti AMANAH,Pas dan Umno.

Pas menganjurkan program di Restoren Bricks, Kg Maju Jaya. Umno memilih padang Sekolah Kebangsaan Maju Jaya dan AMANAH Tebrau memilih Restoren Dulang, Taman Ulam Raja, Kg Maju Jaya.

Pas menganjurkan program di Restoren Bricks, Kg Maju Jaya.

Program anjuran AMANAH Tebrau mendapat sambutan luar biasa daripada masyarakat setempat. Program anjuran Umno di padang sekolah yang terbuka hadapi sedikit masalah apabila hujan lebat turun berserta angin melanda ketika permulaan permainan. Program Pas hanya dihadiri penyokong tegarnya sahaja yang kebanyakkan memakai t-shirt parti.

Menurut penganjur daripada AMANAH Suhaizan Kaiat yang juga merupakan Pengarah Pusat Peduli Rakyat Dewan Undangan Negeri (Dun) Puteri Wangsa menyifatkan kegiatan sebegini adalah sihat dan ia mencerminkan suatu perkara yang positif sebagai sebuah negara yang mengamalkan sistem demokrasi.

“Perkara ini sangat sihat dan masing-masing mempunyai matlamat yang sama iaitu menyambut pahlawan negeri Johor bersaing dalam merebut Piala Malaysia yang dinanti-nantikan selama 25 tahun dan bagi saya masing-masing punya kemahiran dalam menjayakan anjuran mereka.

“Saya berbesar hati kerana sambutan luar biasa daripada penduduk setempat walaupun dalam keadaan hujan yang lebat tetapi tidak membantutkan kehadiran orang ramai ke tapak program kami.

“Tahniah pasukan JDT yang telah berjaya memadamkan penantian 25 tahun dahulu sewaktu pasukan JDT menjuarai Piala Malaysia dan saya mengucapkan ribuan tahniah serta terima kasih kepada pasukan kesayangan rakyat Johor ini,” komen Suhaizan Kaiat sewaktu ditanya berkenaan program anjuran beliau.

Program anjuran Umno di padang sekolah yang terbuka hadapi sedikit masalah apabila hujan lebat.