Malaysia Dateline

  • Berita
  • Negeri
  • Rencana
  • Kolumnis
  • Antarabangsa
  • Pencerahan
  • DatelineTV
  • Sumbangan
  • Hubungi Kami
Malaysia Dateline
Kementerian Kesihatan Singapura sahkan kes kelima jangkitan Koronavirus

Kementerian Kesihatan Singapura sahkan kes kelima jangkitan Koronavirus

BernamaJanuary 28, 2020 11:28 am




Kementerian Kesihatan Singapura hari ini mengesahkan kes import kelima jangkitan Novel Koronavirus di negara itu.

Dalam kenyataan terkini, kementerian berkenaan berkata kes terbaharu itu melibatkan seorang wanita warga China berumur 56 tahun dari Wuhan, yang tiba di Singapura bersama keluarganya pada 18 Jan.

Beliau sedang dirawat di bilik isolasi di National Centre for Infectious Diseases (NCID) dan keadaannya stabil, menurut kementerian itu dalam satu kenyataan.

Menurut Kementerian itu berdasarkan laporan, wanita berkenaan tidak menunjukkan sebarang simptom semasa dalam penerbangan ke Singapura.

Beliau hanya menunjukkan simptom pada 24 Jan, dan dibawa oleh ambulans ke Hospital Tan Tock Seng pada 26 Jan.

Kementerian Kesihatan Singapura berkata wanita itu kemudiannya diklasifikasikan sebagai kes suspek dan terus diasingkan di NCID, dan keputusan ujian berikutnya mengesahkan jangkitan Koronavirus Wuhan pada 27 Jan.

Kementerian itu berkata wanita berkenaan didapati tidak mempunyai apa-apa kaitan dengan lain-lain kes jangkitan import yang disahkan sebelum ini.

Sebelum dimasukkan ke hospital, kementerian itu berkata wanita berkenaan tinggal bersama dengan keluarganya di Ceylon Road.

Sejak menunjukkan simptom pada 24 Jan, wanita itu dikatakan tinggal di dalam rumahnya sahaja sehingga dia dibawa ke hospital dua hari kemudian.

Kementerian itu berkata pihaknya telah memulakan penyiasatan epidemiologi dan sedang berusaha mengesan individu yang mempunyai kontak dengan wanita berkenaan.

Sehingga pukul 12 tengah hari 27 Jan, 62 kes suspek disahkan negatif bagi Koronavirus Wuhan, dan empat disahkan positif, manakala kes kelima disahkan pada kira-kira pukul 2.00 petang.

Keputusan ujian bagi 57 kes lagi masih belum diperoleh.

Pengesanan sentuh bagi kes-kes yang disahkan sedang berlangsung dan sebaik sahaja dikenal pasti, Kementerian Kesihatan Singapura akan memantau dangan rapi semua pihak yang mempunyai kontak dengan mereka.

Kementerian itu turut mengenal pasti 115 kontak yang mempunyai hubungan rapat dengan empat kes yang telah disahkan sebelum ini.

Daripada 86 orang yang masih berada di Singapura, 75 telah dihubungi dan dikuarantin atau diasingkan, manakala usaha menghubungi 11 kontak lagi masih terus berjalan.– BERNAMA

 

malaysiadateline.com adalah portal berita percuma yang menyajikan naratif luhur untuk pembaca budiman.

Sumbangan anda adalah penting untuk kelangsungan portal ini. Sila klik butang ‘support us’ dan sumbangan anda adalah sangat dihargai.

 





widget-image
widget-image

Popular

Darurat untuk selamatkan kerajaan yang sudah jatuh?

Amalan demokrasi berparlimen tumbang apabila parlimen digantung, kata MPN

Negara lain juga darurat, tapi tak gantung fungsi Parlimen

Tidak perlu tunggu darurat berakhir, Anwar tiada halangan menghadap Agong

Apa guna ada Speaker jika sokong gantung Parlimen

Terkini

Kecualikan kuarantin kepada yang sudah disuntik vaksin di Singapura

Agong dicadang arah Parlimen buat sidang khas lawan Covid-19

Ordinan Darurat 2021: OMG. Mengerikan!

Muhyiddin perlu guna dana awam ikut keutamaan

Rogol kanak-kanak dalam lokap: Audit segera CCTV balai polis

Malaysia Dateline
Terima Kasih kerana mengunjungi kami.
SEARCH SOMETHING
© 2017 Malaysia Dateline. All rights reserved. Designed by Media Oren Production