Malaysia Dateline

Kementerian Pendidikan sedia RM17.3 juta untuk tajaan ijazah pertama tahun ini

Sejumlah RM17.3 juta diperuntukkan oleh Kementerian Pendidkan untuk program tajaan ijazah pertama tahun ini, kata Timbalan Menteri Pendidikan, Teo Nie Ching.

Peruntukan ini meningkat daripada RM14.8 juta yang ditawarkan tahun lepas, katanya semasa menjawab soalan lisan Wong Kah Woh (PH-Ipoh Timur) yang bertanyakan senarai jenis biasiswa dan jumlah peruntukan yang ditawarkan oleh kerajaan bagi peringkat ijazah pertama untuk tahun 2018 dan 2019.

Dalam isu lain, Teo juga berkata tindakan kerajaan memberi dana kepada kolej swasta tidak harus dipertikai.

“Saya nak katakan di sini bukan sahaja di bawah kerajan PH yang memberi peruntukan kepada Institut Pengajian Tinggi Swasta. Kolej Universiti Tunku Abdul Rahman sebelum ini memang tiap-tiap tahun menerima tajaan daripada Barisan Nasional tetapi masa itu Anggota Parlimen Jerantut dia tak bising.

“Selain itu, universiti islam yang berada di Cyberjaya kita juga memberi tajaan dan peruntukan RM15 juta. Jadi saya rasa janganlah kita mempertikaikan usaha kerajaan PH ataupun BN yang berhasrat membantu universiti kerana akhirnya pelajar dari universiti itu adalah kebanyakan anak Malaysia,” katanya menjawab soalan tambahan Datuk Ahmad Nazlan Idris (BN-Jerantut).