Kementerian Pertahanan hentikan operasi KSCIP  jejaskan hubungan Malaysia-Arab Saudi

Kementerian Pertahanan hentikan operasi KSCIP jejaskan hubungan Malaysia-Arab Saudi

Keputusan Kerajaan sebagaimana yang dimaklumkan oleh Menteri Pertahanan Mohamad Sabu untuk menghentikan operasi Pusat Keamanan Antarabangsa Raja Salman (KSCIP) dan ditutup serta-merta dibimbangi boleh menjejaskan hubungan akrab Malaysia-Arab Saudi yang lama terjalin.

Ketua Pergerakan Pemuda Umno Dr Asyraf Wajdi Dusuki betkata, beliau antara yang yang terlibat secara langsung sejak dari awal penubuhan KSCIP mewakili Kerajaan Malaysia berpandangan keputusan yang dibuat secara unilateral itu tidak berlaku tanpa perbincangan dua hala dengan pihak Kerajaan Arab Saudi

“Penubuhan KSCIP merupakan pengiktirafan khas Raja Arab Saudi Raja Salman Bin Abdul Aziz Al-Saud kepada Malaysia yang dikagumi baginda sebagai negara yang mengamalkan model Islam berteraskan prinsip Wasatiyyah.

“Arab Saudi juga bersetuju untuk membiayai sepenuhnya segala kos operasi KSCIP termasuk pembinaan bangunannya, dengan matlamat agar Malaysia dapat mempromosi wajah Islam sebenar kepada dunia terutamanya dalam menangani isu-isu ekstrimisme dan terorisme global.

Hubungan akrab Malaysia-Arab Saudi melalui kebijaksanaan kepimpinan terdahulu jugalah yang telah memberikan natijah positif kepada rakyat khususnya dalam hal ehwal pengurusan Haji.

“Dengan penubuhan KSCIP tahun lepas juga Kerajaan Arab Saudi telah menambah kuota Haji sehingga mencecah 30,000, iaitu antara penerima kuota tambahan terbesar,” ujarnya dalam kenyataannya.

Beliau mengulas mengenai pendirian Malaysia untuk menghentikan KSCIP dan fungsinya akan diserap ke dalam Institut Pertahanan dan Keselamatan Malaysia (MiDAS) di bawah Kementerian Pertahanan.

Menteri Pertahanan Mohamad Sabu ketika menjawab soalan bertulis Kasthuri Patto (PH-Batu Kawan) yang meminta penejlasan berhubung funsi dan peranan pusat melawan keganasan tersebut.

Menurut Dr Asyraf Wajdi lagi selain itu, hasil hubungan akrab dua negara ini juga segala kemudahan dan keistimewaan dinikmati jemaah Haji Malaysia tahun ini termasuklah kemudahan khemah berhawa dingin di Arafah dan perkhidmatan perlepasan segera (fast-track) kepada Jemaah Haji yang tiba di Lapangan Terbang Jeddah dan Madinah tanpa perlu menunggu lama.

“Keputusan ini juga dikhuatiri akan menjejaskan usahasama ekonomi berskala besar seperti pelaburan berjumlah RM31billion oleh Saudi Aramco di dalam projek Rapid Petronas Pengerang.

“Projek ini membawa kepada pewujudan kerja-kerja berpendapatan tinggi serta menjadikan Malaysia hub petrokimia terpenting di rantau ini.

“Justeru, saya berharap pihak Kerajaan Malaysia dapat mengambil pendekatan lebih berdiplomasi dan berhikmah dengan menghantar delegasi mengadap Raja Arab Saudi bagi menzahirkan hasrat kerajaan.

“Ini sekaligus memastikan hubungan akrab Malaysia-Arab Saudi terpelihara dan rakyat dapat terus menikmati natijah positif daripada hubungan ini,” ujarnya.

Sebagai rekod KSCIP diilhamkan selepas kunjungan Raja Arab Saudi, Raja Salman Abdul Aziz Al-Saud ke Malaysia pada Mac 2017 serta penyertaan Perdana Menteri ketika itu, Datuk Seri Najib Razak dalam sidang kemuncak di Riyadh yang dihadiri Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump.

KSCIP ditubuhkan bersama Kementerian Pertahanan kedua-dua negara dan MWL yang lebih dikenali dengan nama Arabnya, Rabitah al-Alam al-Islami.

Najib pada Julai 2017 dilaporkan berkata, pusat itu bakal mempunyai sebuah bangunan kekal di tanah seluas 16 hektar di Putrajaya, bersamaan 20 padang bola sepak.

Mat Sabu pada Julai 2017 mempersoalkan komitmen Malaysia bekerjasama dengan Arab Saudi untuk memerangi keganasan dan ekstremisme, sedangkan negara itu di bawah penelitian disebabkan ideologi pelampaunya.

 

9.0
OVERALL SCORE
: 9.0
Have no any user vote
CATEGORIES
TAGS