Kementerian Pertahanan komited bantu golongan Veteran ATM

Kementerian Pertahanan komited bantu golongan Veteran ATM

Kerajaan Malaysia amat komited dalam membantu golongan yang keperluan terutama sekali bagi golongan Veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) Zon Port Dickson, Negeri Sembilan.

Menteri Pertahanan, Mohamad Sabu telah menyempurnakan majlis penganugerahan Pingat Jasa Malaysia kepada 110 Veteran sempena Majlis Penganugerahan Pingat Jasa Malaysia Veteran Tentera Batalion ke-22 Rejimen Askar Melayu Diraja Dewan Auditorium Muzium Angkatan Tentera Darat, Port Dickson hari ini.

Mohamad berkata kementerian akan meningkatkan kebajikan vetran dengan pembiayaan RM500,000 kepada 140persatuan bekas tentera yang berdaftar dibawah Jabatan Hal Ehwal Veteran (JHEV) yang kii dianggotai lebih 240,000 orang.

“Kementerian kini sedang mengkaji mekanisma pembayaran yang terbaik sebelum kabinet meluluskan peruntukan tersebut,” ujarnya.

Mohamad juga menyerahkan Sumbangan Khas kepada Timbalan Pengerusi JHEV Port Dickson Mejar (B) Ismail Hanifah sejumlah RM10,000 (gambar atas).

Beberapa anggota yang ditemu bual mendapati ianya merupakan satu langkah yang wajar dan perlu diteruskan bagi membantu mereka.

Mohd Khir Thamby

Kapten bersara, Mohd Khir Tambi berkata, usaha perlu digiatkan dan bukan hanya membantu dengan wang ringgit sahaja

“Pada saya, membantu secara kemahiran atau memberikan modal untuk berniaga itu lebih baik.

“Ini adalah kerana kebanyakan yang sudah pencen duduk di kampung dan mereka boleh eskploitasi sumber dari kampung berkenaan dengan menggunakam kemahiran mereka pelajari atau modal yang diberi,” katanya ketika ditemu ramah Malaysia Dateline hari ini.

Selain itu, bekas Pegawai Warren, Mohd Zawawi Ishak berkata, kerajaaan perlu perhalusi bantuan ini terutamanya kepada keluarga mereka.

Mohd Zawawi Ishak

“Soal kebajikan keluarga juga dan keperluan mereka harus di ambil peduli, kerana ada veteran yang menerima pencen dan ada yang tidak menerimanya,”

“Namun kerajaan sekarang telah menambah baik untuk membantu golongan veteran yang tidak menerima pencen ini dengan memberi bantuan kewangan setahun sekali,”jelasnya

Tetapi, menurut Zawawi, beliau merasakan sedikit kecewa bagi penerima pencen yang diberi bayaran berbeza.

“Bagi golongan yang sudah lama pencen dari tahun 2000 lalu, dan sekarang ianya dapat dilihat dari segi perbezaan bayaran pencen itu, dan ianya amat memberi kesan kepada kami golongan yang pencen awal,”ujarnya.

9.0
OVERALL SCORE
: 9.0
Have no any user vote
CATEGORIES
TAGS