Malaysia Dateline

  • Berita
  • Negeri
  • Rencana
  • Kolumnis
  • Antarabangsa
  • Pencerahan
  • DatelineTV
  • Sumbangan
  • Hubungi Kami
Malaysia Dateline
Kementerian Pertahanan komited jaga kebajikan ATM di Pulau Jambongan
Mohamad Sabu bergambar kenangan dengan anggota tentera yang ditempatkan mengawal sempadan Malaysia-Filipina di Pulau Jambongan pada Ahad lepas.

Kementerian Pertahanan komited jaga kebajikan ATM di Pulau Jambongan

MALAYSIADATELINEMay 14, 2019 11:52 am




Sempena Ramadan 2019 ini, Menteri Pertahanan,Mohamad Sabu meneruskan tradisi aktiviti turun padang dengan melawat dan berbuka puasa bersama anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang bertugas di perbatasan negara di Pulau Jambongan,di Pantai Utara Sabah.

Pulau Jambongan adalah lokasi persempadanan perairan Malaysia-Filipina, itu, Menteri Pertahanan telah meluangkan masa dan menyampaikan sumbangan berupa beg bungkusan Aidilfitri kepada anggota Tentera Darat yang bertugas di pulau berkenaan.

Di lawatan itu juga beliau turut bersama-sama mereka untuk berbuka puasa, menunaikan solat tarawikh dan bersahur.

Menurut kenyataan di Kementerian Pertahanan, selain mendapatkan taklimat operasi dan maklumbalas aspek keselamatan di pulau berkenaan, Mohamad juga turut dibawa mengunjungi dan beramah mesra bersama penduduk di Dewan Orang Ramai Kampung Hujung, Jambongan bagi mendapatkan gambaran sebenar kehidupan penduduk di sana.

Selain beramah mesra, beliau turut diberi kesempatan menyampaikan ucapan serta menghulurkan sumbangan peribadi.

“Kementerian Pertahanan amat komited untuk memastikan kebajikan anggota ATM terjaga khususnya mereka yang bertugas di persempadanan negara dan menabur khidmat bakti di luar negara seperti Misi UNIFIL di Lubnan dan misi-misi pengaman serta pemerhati di negara-negara lain” ujarnya dalam lawatan di Pulau Jambongan pada Ahad.

Turut serta dalam lawatan ini ialah Panglima Angkatan Tentera Malaysia, Jeneral Tan Sri Datuk Seri Panglima Haji Zulkifli bin Haji Zainal Abidin, Panglima Tentera Laut Diraja Malaysia, Laksamana Datuk Mohd Reza bin Mohd Sany, Asisten Ketua Staf Operasi dan Latihan Pertahanan, Mej Jen Datuk Tengku Muhammad Fauzi Tengku Ibrahim dan Komander Angkatan Tugas Bersama Dua, Brigedier Jeneral Dato’ Zarondin Md Amin.

Anggota tentera di Pulau Jambongan menyambut kehadiran Mohama Sabu.

 

malaysiadateline.com adalah portal berita percuma yang menyajikan naratif luhur untuk pembaca budiman.

Sumbangan anda adalah penting untuk kelangsungan portal ini. Sila klik butang ‘support us’ dan sumbangan anda adalah sangat dihargai.

 





widget-image
widget-image

Popular

Amalan demokrasi berparlimen tumbang apabila parlimen digantung, kata MPN

Apa guna ada Speaker jika sokong gantung Parlimen

Tidak perlu tunggu darurat berakhir, Anwar tiada halangan menghadap Agong

Bodek Menteri Pertanian ucap hari jadi, penjawat awam dianggap tiada kerja musim Covid-19

Anwar dicadang buat petisyen kepada Agong, PM tiada majoriti

Terkini

Rakyat Kelantan bayar caj parkir lebih mahal dari Shah Alam

Rakyat biasa dikompaun tapi rombongan Muhyiddin, ahli Bersatu selamba ingkar SOP

Siapa taja serangan terhadap Zahid dalam Umno?

14 meninggal dan 3,631 kes baharu Covid-19 dicatatkan hari ini

Bagaimana dunia Islam hadapi Covid-19

Malaysia Dateline
Terima Kasih kerana mengunjungi kami.
SEARCH SOMETHING
© 2017 Malaysia Dateline. All rights reserved. Designed by Media Oren Production