Kementerian pertahanan perlu telus beri maklumat mengenai keselamatan negara

Kementerian pertahanan perlu telus beri maklumat mengenai keselamatan negara

Kementerian Pertahan digesa lebih bersikap terbuka dalam menyampaikan maklumat kepada rakyat negara ini berkaitan dengan keselamatan dan kesejahteraan negara.

Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah Kementerian Pertahan digesa lebih bersikap terbuka dalam menyampaikan maklumat kepada rakyat negara ini berkaitan dengan keselamatan dan kesejahteraan negara.

Ahli Parlimen Kuala Terengganu Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah melahirkan kegusarannya dengan tindakan Menteri dan Timbalannya yang dakwanya telah berbohong dan angkuh ketika menjawab soalan yang ditujukan pembangkang dalam sidang dewan rakyat.

“Selagi Menteri dan Timbalan Menteri berbohong dan bersikap angkuh serta tidak bertanggung jawab, Keselamatan Negara akan terus terancam.

“Perancangan yang lemah, keutamaan-prioriti yang salah dan sikap tidak berterus terang akan terus menggadai keselamatan dan kesejahteraan Negara,” ujarnya dalam kenyataan hari ini.

Raja Bahrin mendakwa Malaysia kini akan membeli beberapa kapal perang dari negara China dalam usaha mengadapi ancaman pergolakan di perairang Laut China Selatan.

“Ini adalah sangat tidak logik dan bahaya membeli senjata dari mereka yang mempunyai potensi menentang kita. Bagaimana kita hendak mendapatkan alat ganti jika ada persengketaan dan perang?

“kerajaan bertindak sangat tidak bijak dan tidak bertanggungjawab untuk kepentingan  keselamatan negara atau kepentingan pihak tertentu?” soalnya.

Raja Bahrin  juga menegaskan, kenyataan Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishamuddin Hussein dalam sidang dewan minggu lalu mengenai laporan panel siasatan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) ujarnya, masih lagi berselindung dan tidak menjawab soalan yang diajukankan kepada kementeriannya.

“Soalan mengapa Malaysia terlibat dengan serangan di benua Arab dan latihan tentera di padang pasir tidak di jawap dengan meyakinkan.

“Mengapa Malaysia terlibat di benua Arab sementara mengabaikan Laut China Selatan kita yang makin bergolak dan perairan Sabah dan Lahad Datu bermasaalah menjadi persoalan rakyat.

“Keselamatan perairan rantau sendiri tidak di urus dengan baik tetapi kita beria-ia mencampuri urusan benua Negara Arab yang sudah kaya dan sedang disokong oleh tentera Amerika, Britain dan Perancis.

“Inilah sikap memberi kepada yang sudah berada dan mengabaikan rakyat sendiri yang memerlukan pembelaan,” ujarnya.

Raja Bahrin  berkata keutamaan kerajaan ini dipersoalkan oleh banyak pihak antaranya kenyataan dibuat oleh Bridgedier Jeneral (B) Datuk Mohd Arshad Raji yang mana   berpandangan pemotongan bajet ketenteraan khusus membabitkan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) memberi petanda jelas negara kini bermasalah.

Mohd Arshad dipetik berkata, bahawa dengan pemotongan bajet akan menyebabkanTUDM tidak memperolehi jet pejuang, helikopter dan pesawat rondaan maritim yang baru. Dalam peperangan moden, pasukan tentera udara memainkan peranan penting. Bila penguasaan udara tewas, peperangan di darat jadi tidak bernilai. Ketidakmampuan kerajaan untuk mengekalkan integriti angkatan tentera memberi petanda jelas yang negara kini bermasalah.

“Manakala Laporan “Defense News web portal” menyatakan penstrukturan semula dan pemotongan bajet TUDM dilakukan semasa Negara menghadapi cabaran hebat di perairan negara.

“Selain bertambahnya ancaman tidak terkawal dan aktiviti lanun dari Selatan Filipina yang melimpah mengancam kedaulatan perairan Sabah dan Sarawak, aktiviti lanun dan penceroboh di Selat Melaka dan Laut China Selatan membuat keadaan tidak terkawal dengan pesawat lama dan usang.

“Laporan ini datang sebelum LIMA bermula hari ini di Langkawi,” terangnya.

Justeru Raja Bahrin berpandangan Timbalan Menteri Pertahanan semasa menjawab bahas titah Agong pada hari Isnin juga sangat tidak betanggung jawab dan tidak profesional.

“Apabila ditanya tentang keselamatan nelayan Malaysia dari ancaman Nelayan Vietnam dan lanun, beliau menjawab itu bukan tanggung jawab Kementerian Pertahanan. Sebagai bekas Menteri yang pernah menjaga ehwal Nelayan beliau sedia maklum nelayan Vietnam mempunyai senjata besar berkuasa tinggi dan sangat ganas-agresif.

“Sekali lagi sikap meremehkan keselamatan rakyat tempatan sementara belanja besar di Arab Saudi dalam operasi dan latihan ketenteraan besar- besaran menunjukan sikap tidak bertangung jawap.

“Apabila ditanya tentang penglibatan Malaysia dalam serangan Yaman, beliau menuduh laporan media yamg tidak bertangungjawap walhal kami membawa Lapran terperinci PBB setebal 242 muka.

“Apabila ditanya mengapa Malaysia tidak menjawab surat siasatan PBB, beliau berbohong isu itu telah di jawab sebelum ini. Menteri pada minggu lepas juga telah meremehkan soalan-soalan kami.” terangnya.

Pada 6 Mac lalu Hisamuddin ketika menjawab soalan tambahan Datuk Mujahid Yusof (Amanah-Parit Buntar) berkenaan laporan media asing yang menyatakan pegawai Malaysia turut terlibat membantu operasi ketenteraan Arab Saudi di Yemen.

Hishamuddin berkata, kehadiran pasukan Angkatan Tentera Malaysia di Arab Saudi hanya bagi memfokuskan kepada proses pemindahan rakyat Malaysia dari kawasan bergolak itu.

Sebelum itu pada 31 Januari Timbalan Menteri Pertahanan Datuk Johari Baharom menyatakan misi tentera Malaysia masih lagi sama seperti dahulu tidak terlibat dengan ketenteraan.

 

TAGS