Malaysia Dateline

  • Berita
  • Negeri
  • Rencana
  • Kolumnis
  • Antarabangsa
  • Pencerahan
  • DatelineTV
  • Sumbangan
  • Hubungi Kami
Malaysia Dateline
Kementerian Pertahanan sedia hantar pesawat ATM bawa pulang rakyat Malaysia di Wuhan

Kementerian Pertahanan sedia hantar pesawat ATM bawa pulang rakyat Malaysia di Wuhan

BernamaJanuary 31, 2020 7:58 am




Kementerian Pertahanan bersedia untuk menghantar pesawat Angkatan Tentera Malaysia (ATM) bagi membawa pulang rakyat Malaysia yang masih berada di Wuhan, China yang kini dilanda wabak 2019 novel koronavirus.

Menteri Pertahanan Mohamad Sabu berkata ketika ini pihaknya perlu menunggu arahan dan kelulusan daripada kerajaan pusat untuk membawa pulang rakyat Malaysia di sana.

“Kalau keputusan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) di bawah Timbalan Perdana Menteri (Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail) perlu bantuan kita (Kementerian Pertahanan) untuk bawa keluar rakyat (Malaysia) di sana, ATM bersedia untuk menghantar kapal terbang.

“Kita ada kapal terbang pengangkut C130 iaitu kapal terbang milik ATM untuk dihantar bagi bawa balik mereka, tapi setakat ini belum ada arahan lagi untuk berbuat demikian,” katanya kepada pemberita ketika ditemui pada program perjumpaan Presiden Parti Amanah Negara (Amanah) bersama perwakilan Amanah kawasan Bukit Mertajam, pada Khamis.

Beliau berkata demikian mengulas mengenai kenyataan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad semalam yang menyatakan bahawa kerajaan sedia membawa pulang rakyat Malaysia yang masih berada di Wuhan.

Dr Mahathir berkata Malaysia akan berbincang dengan kerajaan China supaya rakyatnya yang tidak dijangkiti boleh pulang ke negara ini dengan pesawat, sebagaimana kerajaan Jepun dapat membawa pulang rakyatnya selepas mendapat kebenaran dari China sebelum ini.– BERNAMA

 

malaysiadateline.com adalah portal berita percuma yang menyajikan naratif luhur untuk pembaca budiman.

Sumbangan anda adalah penting untuk kelangsungan portal ini. Sila klik butang ‘support us’ dan sumbangan anda adalah sangat dihargai.

 





widget-image
widget-image

Popular

RM35 juta mungkin dah boleh buat lebih 6 buah masjid, kata DAP

Husam potong elaun Senator bermula gaji Januari bantu frontliner

Pemuda Pas jelas tidak menghormati PKP

Pelakon watak Atan & Atok uzur tidak mampu makan dan minum

Setpol Menteri Sumber Manusia positif Covid-19

Terkini

Pendidikan yang hilang dari pandangan akibat Covid-19

Kerajaan P Pinang agih RM10 juta bantu golongan terkesan akibat PKP

Semangat mahu ke sekolah tetapi tak jadi, gadget pula tidak ada

Lebih 90% pelajar bakal tercicir kerana mahukan kecanggihan

Selepas 12 hari dirawat, Tok Pa pulih Covid-19

Malaysia Dateline
Terima Kasih kerana mengunjungi kami.
SEARCH SOMETHING
© 2017 Malaysia Dateline. All rights reserved. Designed by Media Oren Production