Kementerian Pertanian  harus tumpu teknologi sejuk beku mampu kawal harga di pasaran

Kementerian Pertanian harus tumpu teknologi sejuk beku mampu kawal harga di pasaran

ULASAN: Ingin saya berkongsi sedikit pengalaman ketika melawat kilang  (IQF) Labuan Food Industries di Labuan baru baru ini.

Ini adalah pendapat peribadi saya sahaja dan tiada saringan kiranya ada yang mungkin tidak bersetuju, namun yang penting adalah pandangan ini adalah demi kebaikan dari segi perspektif bebanan kos sara hidup,ataupun boleh saya katakan kegagalan sistem sebelumnya ataupun cara yang di implementasi oleh kepimpinan ataupun Kerajaan
terdahulu.

Kilang pembekuan ikan yang saya lawati membuatkan saya tertanya tanya, apakah sistem yang disediakan sebelum ini gagal ataupun  implementasinya yang lemah. Yang jelasnya kini harga ikan  tidak terkawal sama sekali dan ini adalah satu isu yang membimbangkan dan mampu terus membebankan golongan rakyat berpendapatan rendah di negara kita.

“It may look small, but it’s huge for the pockets of these groups of people”

Ingin saya tekankan disini bahawasanya memang telah terdapat inisiatif dari FAMA melalui Agro Bazaar untuk membeli ikan ikan yang telah disejuk beku bagi pasaran serantau yakni melalui kaedah IQF, namun hingga kini penetapan harga siling masih gagal dilakukan.

Ini bermakna (tidak dinafikan) bahawa pihak kerajaan membeli ikan ikan ini dari pemborong IKS namun sekiranya kawalan harga masih tidak dapat dilakukan dengan berkesan, pengguna akhir yakni pembeli akan terus tertekan.

Barangan basah yang termurah adalah ikan berbanding barangan basah yang lain, namun kini ibarat tiada bezanya ataupun jauh lebih tinggi berbanding ayam dan daging.

Harga ikan kembung di pasaran masih lagi diparas tinggi yakni RM15 dan mencecah RM27 sekilo. Dan dengan adanya IQF yang diperkenalkan diseluruh negara, kita mampu menetapkan harga ikan ikan di pasaran secara keseluruhannya.

Sebagai contoh, harga asal ikan kembung adalah diantara RM8 hingga RM10 sekilo dan kiranya membabitkan keuntungan sekalipun, harganya masih lagi mampu meringankan beban pembeli di peringkat akhir dan yang berpendapatan rendah seperti yang saya sebutkan tadi.

Namun kini apa yang dilakukan oleh FAMA dan Agro Bazaar masih lagi gagal mengukuhkan sistem kawalan harga. Pemborong yang membeli ikan dari nelayan hanya membelanjakan RM3 ke RM4 sekilo dan jika ditolak modalnelayan termasuk sewa bot dan sebagainya, mungkin nelayan hanya mendapat keuntungan RM2 sekilo.

Pemborong yang dimaksudkan ini adalah pihak perantaraan yang membeli dari nelayan untuk dipasarkan dan mereka inilah yang menaikkan harga sesuka hati hingga menyebabkan harga ikan ikan menjadi tidak terkawal dan menjadi penyebab utama sistem yang sedia ada gagal untuk diimplementasi dengan jayanya.

Dengan adanya IQF diperkenalkan dan dengan inisiatif pihak kerajaan memperkenalkannya pada umum, saya kira sebagai permulaan serba sedikit mampu dapat mengurangkan bebanan kos sara hidup dikalangan mereka yang berpendapatan rendah khususnya.

Barangan basah seperti ikan, ayam, daging, udang dan sebagainya boleh dikawal harganya namun apakah yang sebenarnya berlaku hingga menyebabkan harga harga barangan basah ini menjadi tidak terkawal adalah satu kepastian yang mana perlu ditangani secepat mungkin tanpa melengahkan masa.

Selesai proses ‘smoke’ dan sedia untuk dimasukkan ke dalam mesin IQF.

Teknologinya telahpun tersedia ada didalam negara kita sebelum ini, namun apakah faktor yang menyebabkan kita tidak mampu atau  gagal menggunapakainya bagi keselesaan rakyat?

Teknologinya yang bebas kimia, mesra alam, mesra rakyat dan banyak lagi kebaikannya masih tidak mampu digunapakai dan ini membuktikan alasan dari pihak Kerajaan terdahulu melalui orang orang tengah yang menekan menyebabkan penindasan rakyat berlaku.

Saya berharap pihak Kementerian Pertanian Malaysia dapat mempercepatkan sistem baik pulih demi kesejahteraan rakyat.

Kesejahteraan Rakyat ini penting dalam sesebuah negara dan saya amat berharap kelemahan Kerajaan terdahulu dapat ditangani dengan lebih berkesan lagi adil demi kepentingan rakyat.

Saya dan sahabat Syaiful Irfan Anang dipelawa oleh Syarikat Labuan Food Industries untuk melawat Superfish Market & Factory yang terletak Patau Patau, Labuan.

Syarikat Labuan Food Industries menawarkan teknik pembekuan IQF (Individual Quick Freezing) yang agak menarik.

Teknologi IQF mampu menjamin kesegaran ikan sejuk beku sama seperti ikan segar di pasaran berbentuk lerai dan sama sekali tidak merosakkan kualiti ikan.

Penulis (kanan) berada dalam warehouse sejuk beku yang mampu menampung 2.5juta ikan sejuk beku.

Pembekuan ikan adalah salah satu usaha pengolahan hasil perikanan yang bertujuan untuk mengawet makanan berdasarkan pertumbuhan mikroorganisme, bagi menahan reaksi-reaksi kimia, dan aktiviti enzim.

Dengan menggunakan sistem IQF pihak pembekal dapat menyimpan stok ikan yang banyak secara pembekuan, ianya dapat membantu pada musim tengkujuh dimana harga ikan melonjak tinggi di sebabkan kekurangan bekalan.

Ternyata pendekatan dominan untuk membendung masalah kenaikan harga barang keperluan seperti ikan harus diberi perhatian selaras dengan usaha kerajaan Pakatan Harapan untuk menurunkan kos sara hidup rakyat.

Kerajaan memerlukan perancangan yang bersepadu untuk menangani inflasi di negara kita. Bayangkan masih banyak rakyat Malaysia yang hidup dalam kemiskinan terpaksa menghadapi inflasi.

Teknik yang ditawarkan juga dapat meningkatkan penerimaan dan kesedaran pengguna melalui nilai khasiat yang terkandung, kesesuaian mengikut cadangan hidangan dan aspek ekonomi di mana ia bersifat tahan lama, menawarkan kadar harga yang berpatutan serta tidak bergantung pada faktor cuaca atau musim.

Inisiatif ini dilihat dapat membantu rakyat dan dalam masa yang sama menggalakkan pengambilan ikan segar beku yang lebih sihat dan terjamin.

*Penulis Ketua Bahagian Segambut merangkap Exco Armada Nasional

 

8.0
OVERALL SCORE
: 8.0
Have no any user vote
CATEGORIES
TAGS