Malaysia Dateline

Kementerian Wilayah, Pusat Zakat, PICOMS bekerjasama hantar asnaf ke menara gading

Kementerian Wilayah Persekutuan dalam perutusan sempena Forum Hal Ehwal Islam Edisi Merdeka melalui wakilnya, Ir Hayatul Kamil yang juga Ketua AMANAH Bandar Tun Razak komited untuk terus membantu anak-anak muda dari golongan B40 di ibu kota sehingga ke menara gading.

Menurut Ir Hayatul Kamil, Kementerian Wilayah bersama dengan Kolej PICOMS, atau sebelumnya dikenali sebagai (Pusrawi International College of Medical) sebuah institusi pendidikan tinggi yang dimiliki Majlis Islam Agama Wilayah Persekutuan (MAIWP), akan menyediakan kursus-kursus khas untuk anak-anak keluarga asnaf dengan bantuan Pusat Zakat untuk pengambilan pelajar 2019/2020

Antara kursus yang ditawarkan adalah Diploma Sains Perubatan, Diploma Sains Kejururawatan, Diploma Farmasi dan banyak lagi.

Ir Hayatul Kamil dalam ucapannya di Sg Besi semalam turut mengesahkan bantuan pinjaman PTPTN dan juga elaun bulanan akan turut diterima pelajar-pelajar di kolej PICOMS melalui Majlis Agama Islam Wilayah dan Pusat Zakat Kuala Lumpur.

Kementerian Wilayah Persekutuan akan terus komited untuk membantu ekonomi golongan B40 melalui penguasaan ilmu sains dan teknologi demi menjamin masa depan anak-anak muda golongan B40 di ibu kota.

Bagi mereka yang memohon bantuan untuk mengikuti iajazah atau diploma di PICOMS, bolehlah menghubungi Pemuda AMANAH Bandar Tun Razak melalui email [email protected] atau hubungi 013-3333333 talian pemuda amanah BTR.

Majlis akhirnya disusuli dengan lagu merdeka dan percikan bunga api tidak jauh 3km dari Kem Askar Sg Besi semalam.