Kementerian Wilayah tidak akan lindungi pihak yang melakukan penyelewengan

Khalid bergambar kenangan dengan pegawai kanan kementeriannya dan juga Perbadanan Putrajaya.

Kementerian Wilayah tidak akan membela mana-mana pihak yang terlibat dalam penyelewengan di bawah kementeriannya sebelum ini tanpa mengira sesiapa yang terlibat.

Menterinya Khalid Samad berkata, siasatan sedang dijalankan oleh pihak berwajib dan kementeriannya akan memberikan kerjasama penuh mengenainya.

“Saya yakin semua pihak juga akan memberikan kerjasama atas siasatan yang dilakukan jika benar ada apa-apa penyelewengan sebagaimana didakwa.

“Kita tidak ‘cover up’ mana-mana pihak yang terlibat yang melakukan pecah amanah termasuk dalam kes penjualan tanah kerajaan di Putrajaya,” kata Khalid kepada media selepas melawat secara rasmi Perbadanan Putrajaya hari ini.

Khalid telah diberikan taklimat oleh Presiden Perbadanan Putrajaya mengenai peranan dan operasinya.

Sebelum ini media melaporkan kononnya ada 64 lot tanah Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) kepada pemaju tanpa tender terbuka.

Dalam sidang media itu Khalid turut berkata, beliau tidak mahu terlibat dalam siasatan atau menyiasatnya sendiri terhadap mana-mana dakwaan penyelewengan.

“Namun begitu saya telah meminta KSU (Ketua Setiausaha) untuk memberikan saya maklumat yang perlu,” katanya.

Khalid juga berkata, pihaknya juga tidaklah berniat untuk menyasarkan mana-mana pihak untuk membalas dendam politik.

“Kami masuk ke sini sama-sama membantu membangunkan negara khasnya Putrjaya bukan untuk ‘whitch hunt’ mana-mana pihak,”kata Khalid.

Khalid juga menolak akan datang sebarang rombakan menyeluruh kepada kementerian Wilayah.

“Kami datang untuk membawa pentadbiran yang lebih telus, amanah dan bebas dari bentuk rasuah.

“Sesiapa yang setuju dan memberikan komitmen ke arah perkara itu akan dikekalkan dan tidak perlukan sebarang rombakan,” katanya.

9.3
OVERALL SCORE
: 10.0
3 user votes x 9.0
CATEGORIES
TAGS