Kementerian WP akan teruskan program MINTS, integrasi dengan program lain

Kementerian WP akan teruskan program MINTS, integrasi dengan program lain

Kementerian Wilayah Persekutuan akan meneruskan program Mini Terminal Sejahtera (MINTS) bagi memberikan keselesaaan kepada kanak-kanak di kawasan Perumahaan Awam (PPR) dan Perumahaan Rakyat (PPR) di Kuala Lumpur.

Sebanyak 15 MINTS telah dibangunkan di Kuala Lumpur sejak ia dimulakan 10 tahun lalu.

” Sebanyak lima terminal sejahtera dan lapan mini terminal sejarah telah dibangunkan di Wilayah Persekutuan bagi memberi ruang selesa kepada kanak-kanak di bawah projek perumahan awam dan projek perumahan rakyat.

“Kementerian akan meneruskan usaha ini dan akan mengkaji konsep pelaksanaannya secara lebih menyeluruh untuk diintegrasikan dengan program lain seperti Program Perpustakaan WP dan Program Mini Perpustakaan di kawasan PPA dan PPR

“Ia selaras dengan kedudukan Kuala Lumpur sebagai Ibu Kota Buku Dunia pada 2020. Pembangunan akan diintegrasikan dengan pusat setempat yang lain di mana digariskan dalam program yang telah dirancang pada 2019 oleh Kementerian Wilayah Persekutuan,” ujarnya dalam sesi perbahasan di Parlimen hari ini.

Ketika menjawab soalan tambahan P.Prabakaran (PKR-Batu) mengenai sama ada kementerian akan menyediakan peruntukan khas agar MINTS dapat diperluaskan kepada kampung Warisan dan Kampung Baharu di Wilayah Persekutuan.

Khalid menerangkan MINT pada masa ini hanya tertumpukan kepada kanak-kanak dan penghuni di PPA dan PPR di Kuala Lumpur.

Bagaimanapun Ahli Parlimen Shah Alam ini juga beliau berpandangan ide penubuhan MINT yang dikendalikan oleh Yayasan Wilayah Persekutuan, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur dan Kementerian Wilayah Persekutuan ini akan dapat diluaskan kekawasan lain.

Loading...

“Buat masa ini hanya untuk kawasan PPA dan PPR apa yang dicadangkan itu boleh dipertimbangkan.

“Projek ini dijalankan daripada peruntukan YWP sebanyak RM50,000 setiap MINTS setahun.

“DBKL ada peruntukannya dan akan tetapkan dalam program kabajikan yang dirangka oleh Kementerian Wilayah dan kita kaitkan juga perpustakaan mini dan perpustakaan bergerak.

“Premis ini akan dibangunkan tidak terhad kepada aktiviti pembelajaran sahaja tetapi boleh digunakan di negeri lain.

“Apa yang penting DBKL, YWP dan Kementeiran WP akan melaksanakan sekurang-kurangnya lima program serupa ini setiap tahun,” ujarnya.

Melalui Kementerian Wilayah Persekutuan turut memperuntukkan sebanyak RM350,000 untuk membina sebuah MINTS di setiap 11 buah Parlimen di ibu negara.

Ini susulan Kuala Lumpur diiktiraf sebagai ibu kota buku dunia oleh Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNESCO) bagi tahun 2020.