Kemiskinan rakyat Kedah gagal diatasi BN

Kemiskinan rakyat Kedah gagal diatasi BN

Kerajaan Negeri Kedah pimpinan Barisan Nasional (BN) didakwa  gagal untuk mentadbir dengan baik dan sempurna kerana masih ramai rakyat hidup miskin dan berada di bawah paras kemiskinan di negeri itu.

Demikian dinyatakan oleh Ketua Pemuda Parti Amanah Negara (AMANAH) Negeri Kedah, Mohd Asmirul Anuar Aris ketika berucap pada program Pentas Anak Muda Bangkit di Sg Limau, Yan Kedah baru-baru ini.

Menurut beliau lagi, sehingga kini terdapat sehingga 3,000 orang yang masih berada dalam kategori miskin dan gagal diberi perhatian oleh kerajaan negeri.

“Keadaan di kawasan Parlimen Sik yang diterajui oleh Umno dan BN amat parah sekali.

“Terlalu ramai yang miskin,daif dan hidup dalam keadaan yang melarat tanpa pembelaan secara serius oleh kerajaan negeri.

“Ini membuktikan betapa rakyat miskin tidak dipedulikan dan diberi perhatian serius, ” jelasnya lagi.

Beliau juga berkata, selain itu kerajaan negeri juga gagal untuk mengatasi masalah gelandangan yang semakin bercambah di Kuala Kedah.

“Mereka yang gelandangan ini adalah golongan yang tidak diberi perhatian sehinggakan terpaksa mengemis memohon simpati masyarakat.

“Selain itu di Kuala Kedah juga khususnya yang tinggal ditepi laut, hidup mereka umpama kais pagi makan pagi, kais petang makan petang.

“Apa yang ada untuk dimakan pada waktu pagi, tidak semestinya ada lagi untuk dimakan pada waktu petang dan malam,” ujarnya lagi.

{loadposition myposition} Tegasnya lagi, akibat kegagalan kerajaan negeri untuk memberi perhatian kepada masalah yang dihadapi rakyat bawahan, akhirnya yang miskin semakin miskin.

Manakala yang kaya semakin kaya, sepertimana yang ada pada pimpinan Umno-BN kini.

Sehubungan itu tambahnya, rakyat Kedah perlu bangkit dan menolak secara total kepimpinan Umno dan BN di negeri itu.

“Tolak serta junamkan Umno dan BN jauh sehingga mereka tidak berdaya untuk bangkit semula.

“Kuasa pemutus adalah kuasa rakyat untuk membenamkan parti pemerintah tersebut dalam pilihan raya umum ke 14 yang akan datang.

“Sekiranya rakyat Kedah berani untuk menolak BN, saya yakin slogan ‘BN menang, Kedah senang’ tidak lagi mampu dimomokkan oleh mereka bagi meraih sokongan menjelang pilihan raya umum nanti.

Oleh kerana itu katanya,mengalahkan Umno-BN serta sekutu yang menyokong mereka akan membawa perubahan yang amat besar kepada rakyat khususnya golongan berpendapatan rendah.

Bagi merealisasikan impian ini supaya menjadi realiti, semua rakyat wajib bangkit dan menolak kepimpinan kerajaan negeri sedia ada di Kedah.

Dengan menolak Umno-BN katanya, ia akan membuka lebaran baru dengan memperlihatkan kemampuan kerajaan Pakatan Harapan untuk membawa mesej sebenar bagi memperjuangkan nasib rakyat di negerijika dibandingkan dengan BN.

CATEGORIES
TAGS