Kempen bebas plastik: Alah bisa tegal biasa

Kempen bebas plastik: Alah bisa tegal biasa

Kempen #BebasPlastik yang dilaksanakan di Selangor mulai 1 Jan lalu mula diterima oleh penduduk negeri ini lebih-lebih lagi tujuan murninya untuk menjaga dan memelihara alam sekitar.

Kempen #BebasPlastik yang dilaksanakan di Selangor mulai 1 Jan lalu mula diterima oleh penduduk negeri ini lebih-lebih lagi tujuan murninya untuk menjaga dan memelihara alam sekitar.

Kempen bebas beg plastik ini juga membabitkan bekas polistirena yang sering digunakan sebagai pembungkus makanan panas dan di majlis-majlis jamuan keraian.

Penguatkuasaan kempen ini diadakan setiap hari di semua premis perniagaan seluruh Selangor.

Sepanjang kempen berlangsung, beg plastik pakai buang (disposable/single use) tidak lagi dibekalkan kepada pengguna secara percuma di semua kaunter jualan runcit dan premis perniagaan.

Malah bayaran akan dikenakan bagi setiap beg plastik yang ingin digunakan oleh pengguna.

Sempena kempen ini juga, penggunaan bekas makanan dan peralatan daripada polistirena yang sebelum ini digunakan secara meluas turut dihentikan.

Dalam perkembangan berkaitan, kempen bebas beg plastik dan polisterina dicadang dipertingkatkan di Selangor bagi memberi kesedaran untuk memelihara alam sekitar.

Kotak terpakai turut digunakan sesetengah kedai runcit bagi menggantikan beg plastik.Pengerusi Jawatankuasa Pilihan Mengenai Pihak Berkuasa Tempatan (JP-PBT), Dr Idris Ahmad berkata, usaha lebih proaktif harus digerakkan semaksima mungkin untuk mencapai objektif kempen berkenaan.

Beliau berkata, kempen berkuatkuasa pada 1 Januari lalu dilihat baik ke arah pemeliharaan alam sekitar, namun promosi kesedaran terhadap perkara itu belum cukup efektif.

“Ia adalah inisiatif yang bagus tetapi apa perlu ditekankan bukan sekadar polisi kerana perkara lebih penting adalah kesedaran awam.

“Kita dapati pembabitan orang ramai dalam program ini masih kurang dan kita perlu pupuk kesedaran demi memelihara alam sekitar,” katanya kepada Selangorkini.

Beliau berkata, berdasarkan hasil taklimat berkenaan perkara terbabit, JP-PBT merumuskan ia perlu dihebahkan lebih meluas kepada orang ramai supaya gambaran lebih jelas dan tepat diperoleh.

Katanya, penyertaan golongan usahawan juga perlu diperbanyakkan supaya bersama menjalankan aktiviti itu ke arah mengurangkan penggunaan bahan berkenaan.

“Isu bayaran 20 sen, ia bukan kutipan diserahkan kepada kerajaan negeri tetapi bagi mendidik masyarakat soal pentingnya penggunaan bahan alternatif bagi menggantikan plastik.

“Maka kita berharap mereka prihatin dengan membawa beg alternatif ini ketika membeli-belah,” katanya.

Kempen bebas beg plastik turut dilaksanakan di negeri Pulau Pinang dan Melaka.

Tiada lagi beg plastik percuma disediakan untuk pelanggan di pasaraya dan kedai runcit di Selangor.

TAGS