Malaysia Dateline

Kempen kebencian, fitnah melampau jadi punca?

Cubaan membunuh empat pemimpin ketika Pakatan Harapan (PH) mentadbir negara dipercayai ekoran dari kempen kebencian melampau dan fitnah yang berjalan ketika itu, kata aktivis politik Jamzuri Ardani.

“Saya percaya ini adalah kesan dari kempen kebencian melampau dan fitnah yang dilakukan sebelum ini,” kata beliau menerusi Facebooknya.

Bagi beliau, politik mereka cukup menjijikkan dan perlu dilawan dan disekat oleh rakyat dan negara.

“Sejak kebelakangan ini, saya tidak ada banyak motivasi lain untuk berpolitik melainkan untuk menentang pemikiran politik melampau yang sangat merosakkan rakyat dan negara.

“Seruan saya, politik negara boleh berubah tetapi kejahatan pemikiran politik golongan ini akan kekal merbahaya dan perlu dihapuskan,” kata beliau.

Cubaan membunuh ke atas Tun Dr Mahathir Mohamad, perdana menteri ketika itu Lim Guan Eng (Menteri Kewangan), Datuk Seri Dr Mujahid Yusof (Menteri Agama) dan Tommy Thommas (Peguam Negara) telah berjaya dihalang oleh pihak berkuasa.

Ini didedahkan oleh Bahagian Cawangan Khas Polis Diraja Malaysia semalam.

Dalam respon segera terhadapnya, Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH) menggesa Perdana,Tan Sri Muhyiddin untuk memberikan penjelasan segera berhubung cubaan untuk membunuh bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad pada Januari 2021.

Menerusi kenyataan bersama pemimpin PKR, AMANAH dan DAP malam tadi, PH mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) atas tindakan tegas dalam menggagalkan percubaan tersebut.

Menjelang kejatuhan kerajaan PH, kempen kebencian dan fitnah disebarkan dengan maraknya oleh parti politik tertentu.

Sasaran utama ditujukan kepada DAP dengan mengaitkan semua yang berlaku adalah kerana parti rakan kongsi PH itu.

Kesannya yang paling nyata adalah kekalahan PH dalam pilihan raya kecil Tanjung Piai dimana pengundi Cina juga menolak PH bukan sahaja pengundi Melayu.

Ekoran itu, Muhyiddin dikatakan mulai percaya bahawa jika Bersatu kekal bersama PH, ia tidak akan menguntungkan parti itu.

Ekoran itu berlakulah Langkah Sheraton yang membawa kepada kejatuhan PH dan tertubuhkan kerajaan Melayu Islam Perikatan Nasional.