Kempen KL Bersih dilancarkan hari ini

Kempen KL Bersih dilancarkan hari ini

Keperluan menjaga  kebersihan bukan lagi dianggap hanya dilakukan setakat di  pintu pagar rumah sebaliknya kebersihan  itu harus diperluaskan  sebagai amalan  ketika berada di luar  rumah.

Menteri Wilayah Khalid Abdul Samad  berkata, sudah tiba masanya warga kota  menjadikan bandaraya Kuala Lumpur sebuah bandar yang bersih,hijau dan sihat.

Menerusi Kempen KL Bersih 2019  yang dilancarkan hari ini akan meningkatkan kesedaran sebahagian warga kota menghentikan tabiat suka mengotorkan jalan raya, perparitan, longkang  dan sungai,

“Kita ingin serapkan dalam hati warga kota Kuala Lumpur agar suka kepada kebersihan.

“Amalan nak menjaga kebersihan hanya di pintu rumah sahaja kita lupa untuk meneruskan amalan kebersihan di luar rumah.

“Kita anggap amalan itu diambil alih oleh Alam Flora dan kumpulan tertentu sedangkan menjaga kebersihan itu menjadi tanggungjawab bersama,” ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada pelancaran Kempen KL Bersih  di sebuah hotel terkemuka di ibu negara hari ini.

(dari kiri)) Datuk Raja Azmi Hisham mewakili Universiti Limkokwing menerima sijil penghargaan rakan strategik dalam kempen KL Bersih daripada Menteri Wilayah Khalid Samad.

Beliau berkata, dengan pembangunan pesat beberapa dekad pertambahan kepadatan pendudukan, kawasan perumahan, pusat perniagaan amat penting emua pihak bekerjasama untuk mencetuskan kesedaran umum untuk mengekalkan kebersihan ibu kota Kuala Lumpur.

Jelasnya lagi Kuala Lumpur menghasil 2500 tan sampah sehari yang mana sisa buangan ini diuruskan 250 buah lori sampah yang berulang alik ke pusat pelupusan sampah setiap hari.

“Bagaimana kita dapat mengekalkan kebersihan jalan raya, parit dan sungai jika begitu banyak sampah kita hasilkan setiap hari. Bagaimana pula cara kita mahu mendidik penduduk dan pengunjung ke Kuala Lumpur supaya sampah dibuang dalam tong khas yang disediakan.

“Kuala Lumpur adalah bandaraya kesayangan kita semua untuk menjadikannya bandaraya bersih dan sihat,” ujarnya.

Katanya lagi, Kementerian Wilayah Persekutuan komited menjadikan Kuala Lumpur ke arah bandaraya lebih baik untuk semua tetapi ujarnya untuk mencapai ke tahap itu penglibatan semua pihak sangat penting.

KL Bersih ini lebih memanfaatkan kuasa rakyat dari segenap lapisan masyarakat untuk mencapai usaha dengan bekerjasama antara satu sama lain. Tumpuan kempen pada kerjasama antara kerajaan, sektor korporat ,NGO dan masyarakat setempat.

Dalam majlis diadakan turut diberikan sijil penghargaan kepada rakan strategik  KL Bersih antaranya  YTL Group, Alam Flora dan  Limkokwing University of Technology Creative oleh menteri wilayah persekutuan.

Turut dilancarkan  adalah lagu tema KL Bersih yang diyanyikan oleh koir Limkokwing University of Creative Technology.

Turun hadir  antaranya Datuk Seri Mazlan Lazim Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mohd Zain Hassan dari Alam Flora  dan  Pengarah Program KL Bersih  Musri Safar.

Koir dari Limkokwing University of Creative Technology.