Kempen KL Bersih membudayakan nilai kebersihan warga kota Kuala Lumpur

Kempen KL Bersih bakal diadakan sebagai cadangan membudayakan nilai kebersihan di kalangan masyarakat Kuala Lumpur terutama di kawasan sungai bermula Oktober sehingga December 2019 depan.

KL Bersih Secretariat, Noramalina Anuar berkata, masyarakat Malaysia perlu disedarkan bahawa mengutip sampah adalah tanggungjawab bersama selain menerap nilai bijak membuang sampah mengikut kategori.

Katanya kempen ini dilakukan berikutan timbunan sampah 2,500 tan sehari, dan gejala penyakit kematian akibat kekotoran yang semakin meningkat peratusannya.

“Impak kempen ini secara tidak langsung menggalak pertumbuhan ekonomi melalui pelancongan dan menjamin taraf kesihatan serta keselamatan warga kota dan pengunjung.

“Tenaga kerja warga Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) juga akan menjadi lebih bersemangat kerana pengorbanan mereka difahami dan dihargai oleh masyarakat,” katanya.

Pra pelancaran Kempen KL Bersih ini akan dirasmikan oleh Menteri Wilayah Persekutuan, Khalid Abdul Samad di sebuah hotel terkemuka di Kuala Lumpur esok.