Malaysia Dateline

Kempen Pakai Baju MUDA sohor di Twitter

 

Aida Rahman dan MUDA Sungai Buloh antara pasukan terawal tutun dalam misi bantuan banjir.

Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) nampaknya mempunyai pendekatan kreatif dalam menarik perhatian seterusnya sokongan orang ramai.

Menyasarkan golongan muda, parti yang diterajui Syed Saddiq Syed Abdul Rahman itu melancarkan kempen memakai baju tertera MUDA dengan tanda pagar #PakaiBajuMUDA.

Setakat jam 11.30 malam tadi, tanda pagar untuk sohor di Twitter.

Tinjauan Malaysia Dateline mendapati, sehingga jam 11.30 malam tadi, lebih 2,300 ciapan mengunakan tanda pagar tersebut.

Kempen #PakaiBajuMUDA menyaksikan mereka mengenakan baju berwarna hitam yang terpampang perkataan ‘MUDA’ itu sambil melakukan aktivti kegemaran masing-masing.

Pengarah data dan teknologi MUDA Melaka, Hans Johnson turut menggunakan #PakaiBajuMUDA.

Dalam masa sama, hebahan mengenai cara untuk membeli baju itu di talian untuk dipakai setiap masa juga disebarkan.

Kempen #PakaiBajuMUDA itu berlangsung selepas parti itu telah didaftarkan secara rasmi oleh Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS) pada 23 Disember lalu.

Pada 14 Disember lalu, Mahkamah Tinggi memerintahkan Kementerian Dalam Negeri (KDN) membenarkan MUDA didaftarkan sebagai parti politik dalam tempoh 14 hari, serta membayar kos sebanyak RM10,000.

Sementara itu, Syed Saddiq minggu lalu berkata, keahlian MUDA sudah melebihi 60,000 orang dan ia terbuka kepada semua peringkat umur, bukan terhad kepada generasi muda semata-mata.

Pengguna Twitter, Amos Thien dan isteri dari Kg Babah di Sabah turut menyokong MUDA.