Kempen Pemuda AMANAH, rakan Pas juga disantuni

Pengundi di Kampung Tok Panjang mendengar ceramah daripada calon PH Dun Permatang Pasir, Faiz Fadzil.

Baki empat hari tempoh berkempen terus dimanfaatkan seramai 22 calon dari sayap Pemuda AMANAH yang mewakili Pakatan Harapan (PH) di kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (Dun).

Langkah sulung Pemuda AMANAH dengan menggunakan logo PKR dalam gelanggang demokrasi kali ini menyaksikan 12 daripadanya bertanding di kerusi yang disandang Pas.

Di Terengganu yang dianggap kubu Pas walaupun parti itu pernah hanya sepenggal mentadbir, calon Dun Paka, Mohd Hasbie Muda mengambil pendekatan politik matang dalam berkempen.

Selain merayu undi di lokasi tumpuan awam seperti pasar, Ketua Pemuda AMANAH Terengganu itu turut menyantuni penyokong Pas yang dianggapnya rakan di sekitar Limbong hari ini.

Di Kelantan, Dun Panchor menjadi antara kerusi tumpuan apabila Ketua Pemuda AMANAH negeri, Mohd Zulhazmi Hassan berentap dengan pemimpin Pas kontroversi, Mohd Amar Nik Abdullah yang juga Timbalan Menteri Besar.

Calon Dun Pulai Sebatang, Taqiuddin Cheman (berbaju batik) berkempen di sekitar kawasan Parit Masjid Pontian semalam.

Walaupun bertembung tiga penjuru tetapi calon BN, Zarina Md Eusope dilihat bukan pesaing kuat sekali gus menjadikan NO7 adalah hanya pertandingan sengit antara AMANAH dan Pas.

Ketua Pemuda AMANAH Nasional, Sany Hamzan pula berdepan dengan Exco negeri Selangor yang menjadi penyandang kerusi Dun Taman Templer, Zaidy Abdul Talib dari Pas.

Calon PH Dun Paka, Hasbie Muda menyantuni penyokong Pas yang dianggapnya rakan di sekitar Limbong semalam.

Cabaran hebat buat Sany apabila Dun yang terletak di bawah Parlimen Selayang itu menarik minat banyak pihak sehingga wujud pertembungan lima penjuru.

Di Perak, calon PH Dun Selinsing, Ustaz Ahmad Saqif Ansorullah iaitu cicit kepada pengasas Maahad al Ehya al Sharif Gunung Semanggol, Allahyarham Ustaz Abu Bakar Al-Baqir dilihat tidak kekok bergaul dengan masyarakat setempat.

Calon AMANAH Dun Titi Serong di Perak, Hasnul Zulkarnain pada hari keempat kempen melihat masyarakat setempat semakin yakin dengan PH.

Baharu berusia 26 tahun, beliau berentap dengan penyandang Husin Din dari Pas dan calon BN, Mohamad Noor Dawoo untuk dipilih 17,882 pengundi.

Sementara itu, potensi menang Timbalan Ketua Pemuda AMANAH Nasional, Muhammad Faiz Fadzil, dianggap cerah lantaran bertanding di Dun Permatang Pasir.

Ustaz Ahmad Saqif Ansorullah (kanan) dicalonkan bertanding di Dun Selinsing.

N11 yang mempunyai 22,118 pengundi terletak di bawah Parlimen Permatang Pauh iaitu kubu kuat keluarga Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Namun, anak kepada bekas Presiden Pas, Allahyarham Ustaz Fadzil Nor berkenaan tetap bekerja keras meyakini pengundi lantaran pertandingan tiga penjuru dengan Pas dan BN.

Johor yang menyaksikan kemaraan PH membariskan dua pimpinan Pemuda AMANAH negeri bertanding di kerusi Dun yang memiliki lebih 64 peratus pengundi Melayu.

Ketua Pemuda AMANAH negeri, Taqiuddin Cheman bertanding di N54 Pulai Sebatang manakala Ahli Jawatankuasa AMANAH negeri, Abrary Ramly di Dun Pasir Raja yang mempunyai pengundi Felda.

7.2
OVERALL SCORE
: 9.0
5 user votes x 6.8
CATEGORIES
TAGS