Kempen perkauman, kerusi tambahan antara sebab Warisan kalah
Pengundi KDM yang sememangnya sensitif dengan PTI termakan dengan kempen kononnya Shafie Apdal berasal dari pulau Tawi Tawi, Filipina.

Kempen perkauman, kerusi tambahan antara sebab Warisan kalah

Kempen menakutkan pengundi KDM (Kadazan Dusun Murut) kononnya Presiden Warisan Datuk Seri Shafie Apdal adalah PTI (Pendatang Tanpa Izin) adalah antara punca kegagalan Warisan Plus menang dalam pilihan raya negeri Sabah kali ini.

Padahal, kata Pengarah Komunikasi AMANAH, Khalid Samad, Shafie adalah cucu kepada pejuang Sabah yang membuka Semporna.

Turut menjadi punca kekalahan Warisan Plus adalah 13 kawasan Dewan Undangan Negeri tambahan yang dibuat semasa kerajaan BN dahulu sebelum ia diluluskan dalam DUN Sabah yang belum sempat diuruskan dengan baik oleh kerajaan Warisan.

“Di Sabah mereka serang Shafie kononnya beliau PTI (Pendatang Tanpa Izin) yang datang dari pulau Tawi-Tawi, Filipina.

“Ia menyebabkan pengundi dari KDM (Kadazan Dusun dan Murut) yang sememangnya sensitif dengan PTI takut untuk undi Wawasan Plus iaitu Upko sehingga kalah dan PBS yang menang,” kata Khalid dalam wawancara khas dengan beliau di TV Internet Jom Channel malam tadi.

Upko yang bertanding di kawasan KDM hanya menang satu kerusi dalam PRN Sabah manakala lawannya PBS pula menang tujuh kerusi.

Menurut Khalid, di Semenajung, Barisan Nasional menggunakan taktik yang sama.

Hakikatnya, kata Khalid, Shafie adalah lahir di Sempurna yang dibuka oleh atuk beliau yang turut memperjuangkan hak Sabah sebelum ini.

“Dahulu Semporna dikenali dengan nama Tongtalun yang bermakna hujung hutan. Moyang Shafie yang membukanya dan kemudian dinamakan Semporna atau yang terlebih baik. Shafie sendiri lahir di kampung Bubur dekat lapangan terbang Semporna,” kata Khalid.

Menurut Khalid, apa yang dibuat oleh BN di Semenajung juga sama apabila melebelkan pemimpin DAP sebagai berasal dari tanah besar China dan mereka dahulunya adalah pejuang komunis.

“Padahal cerita sebenarnya tidak begitu,” kata Khalid Samad.

COMMENTS

Wordpress (0)