Kempen saat akhir Amanah rancak di Kuala Kangsar

Kempen saat akhir Amanah rancak di Kuala Kangsar

Berbaki kurang 12 jam sebelum proses membuang undi bagi pilihan raya kecil (PRK) Parlimen Kuala kangsar esok, jentera Parti Amanah Negara (Amanah) menggunakan masa sepenuhnya bagi merayu undi.

Sekumpulan jentera mengadakan rondaan menaiki trak sambil mempamerkan poster calon Amanah yang mewakili Pakatan Harapan Dr Ahmad Termizi Ramli.

Kempen Angkatan Muda PKR di depan pejabat Amanah dengan memberi bubur lambuk percuma kepada orang ramai.Sekumpulan Angkatan Wanita Amanah Negara (Awan) pula mengadakan flashmob di sepanjang Jalan Kangsar.

Flashmob turut diadakan di sekitar Arena Square, Kuala Kangsar.

Hujan renyai-renyai tidak menghalang mereka untuk terus berkempen pada saat-saat akhir bagi memastikan kemenangan Amanah.

Suasana di Pekan Kuala Kangsar petang ini sibuk dengan kenderaan yang bertali arus.

Sementara itu, di hadapan pejabat Amanah Kuala Kangsar pula, jentera PKR membantu kempen Amanah dengan mengedarkan bubur lambuk di tepi jalan kepada kenderaan yang lalu-lalang.

Ketua Setiausaha Sekretariat Pakatan Harapan Datuk Saifuddin Abdullah turut mengedarkan bubuk lambuk kepada orang ramai.

Bekas timbalan presiden PKR Syed Husin Ali turut membantu kempen Amanah.

Pagi tadi, kira-kira 20 buah motosikal daripada Gerakan Harapan Baru Bikers mengadakan jelajah Kibaran Amanah ke seluruh Kuala Kangsar.

Mereka berarak kira-kira 100 kilometer dari Pekan Kuala Kangsar menuju ke Bukit Chandan, Manong sebelum patah balik ke pekan.

Esok seramai 32,632 daripada 32,949 pemilih berdaftar layak mengundi bagi memilih wakil rakyat mereka.

Menurut Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), sebanyak 23 pusat mengundi dengan 21 daripadanya adalah sekolah, manakala dua lagi dewan orang ramai akan dibuka mulai pukul 8 pagi hingga 5 petang.

Sukarelawan Amanah berkempen dengan membahagi bubur lambuk di saat akhir menjelang hari mengundi esok.Sebanyak 11 daripada pusat mengundi itu terletak di dalam Dun Bukit Chandan, manakala 12 lagi di Dun Manong yang semuanya melibatkan 69 saluran.

PRK Parlimen Kuala Kangsar menyaksikan pertandingan empat penjuru antara calon Amanah Dr Ahmad Termizi Ramli, Datin Mastura Mohd Yazid (BN), Dr Najihatussalehah Ahmad (Pas), Prof Dr dan calon Bebas, Izat Bukhary Ismail Bukhary.

Ahmad Termizi dalam sidang media di pejabat Amanah pagi tadi merakam ucapan terima kasih kepada seluruh jentera yang bertungkus lumus berkempen untuk beliau.

Beliau turut mengucapkan terima kasih kepada pihak media yang memberikan liputan yang terbaik sepanjang tempoh kempen ini.

“Kami sangat terhutang budi atas kerjasasam yang diberikan. Laporan yang bagi saya sangat positif tentang penglibatan Amanah dalam PRK ini.

“Saya yakin media yang bertanggungjawab perlua melaporkan secara adil dan telus. Saya berbangga dengan prestasi yang ditunjukkan media dalam mengendalikan PRK ini,” katanya.

Kempen menggunakan motor besar juga dilakukan oleh sukarelawan Amanah di Kuala Kangsar.

Flashmob Amanah di Kuala Kangsar.

Akhbar keluaran khas Amanah juga diedarkan.

Datuk Saifudin juga turun berkempen dengan memberikan bubur lambuk kepada orang ramai.

COMMENTS

Wordpress (0)