Kempen tagih simpati calon BN Kuala Kangsar ditempelak

Kempen tagih simpati calon BN Kuala Kangsar ditempelak

Pendekatan calon BN Kuala Kangsar, Datin Mastura Mohd Yazid  menagih simpati selepas tidak boleh berkempen ditempelak kerana beliaulah yang beriya-iya benar mahu menjadi calon.

Pendekatan raih simpati calon BN ini jelas kelihatan dalam laporan media sejak kebelakangan ini.

Bagi blogger Shahbudin Husin, andaian bahawa pemilihan Mastura, balu Datuk Wan Khairil Wan Ahmad sebagai calon bagi pilihanraya kecil Parlimen Kuala Kangsar semata-mata untuk menagih simpati pengundi semakin terlihat kebenarannya.

“Lihat…satu demi satu dan seperti akan berterusan lagi,” tulis Shahbudin sambil memaparkan laporan media mengenai pendekatan menagih simpati oleh calon BN itu.

simpati 1

simpati 2

simpati 3

“Sampai bila mahu menjaja simpati untuk ditukar dengan undi dan usaha memenangi pilihanraya semata-mata dengan mengajak pengundi menangis serta mengalirkan airmata, sedangkan orang lain menawarkan idealisme, perjuangan dan keberanian?” tulis blogger itu.

Sebelum ini, pelbagai pihak menyatakan, Mastura membuat lobi demi lobi bagi membolehkan beliau menjadi calon di Kuala Kangsar selepas kematian suaminya.

TAGS