Malaysia Dateline

Kempen tekan Zahid ke webinar para pensyarah universiti

Kempen untuk menekan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi agar turun dari jawatannya sebagai Presiden Umno semakin panas dan ia seolah-olah dirancang dengan teliti.

Antaranya dengan menganjurkan Webinar dengan memilih penal-penal yang nampak sangat jelas sasarannya adalah menekan Zahid.

Antaranya Wibiner Pintar 5 yang bertajuk Perhimpunan Agung Umno 2021: Ke mana hala tuju Umno yang diadaan malam tadi.

Dengan menggunakan lebel “Kluster Mahkamah”, hampir kesemua penal yang dijemput menekan agar Zahid meletakkan jawatan demi masa depan Umno.

Antara panelis yang terlibat adalah Prof Dr Sivamurugan Pandian (USM), Prof Madya Dr Mohd. Noor Bin Mat Yazid (UMS), Dr Mohammad Tawfik Bin Yaakub (UM), Dr. Achmad Dzariean Bin Mohd Nadzri (UUM).

Moderator webinar ini adalah Dr Kamarul Zaman Yusoff, pensyarah UUM yang tulisan banyak disiarkan dalam media Pas, Harakah.

Antara soalan yang dikemukakan kepada ahli penal adalah apakah yang dijangka akan berlaku dalam Perhimpunan Agung Umno pada 27 dan 28 Mac 2021?

Penal juga ditanya, apakah yang sepatutnya dilakukan oleh pemimpin Umno bagi mengembalikan kekuatannya?

Soalan ketiga adalah apakah impak Perhimpunan Agung Umno ke atas keadaan politik semasa dan akan datang negara?

Hampir kesemua penal menggunakan istilah ‘Kluster Mahkamah’ untuk menekan Zahid dan beliau diminta menjaga kepentingan Umno berbanding diri beliau sendiri.