Kemukakan inventori untuk tuntut wang, kata Kit Siang pada Umno

Kemukakan inventori untuk tuntut wang, kata Kit Siang pada Umno

Ahli Parlimen Iskandar Puteri, Lim Kit Siang berkata, Umno perlu mengemukakan inventori selayaknya bagi menjelaskan jumlah sebenar yang dituntut daripada wang yang dirampas polis di kediaman yang dikaitkan dengan bekas Perdana Meneri Najib Razak baru-baru ini.

Kata beliau, hal ini sangat membingungkan, adakah Umno tahu berapa jumlah yang dituntut daripada wang yang dirampas, dikatakan mempunyai kaitan dengan Umno?

“Sekiranya mereka tidak dapat menyediakan senarai yang jelas menunjukkan jumlah yang dituntut, bagaimana Umno hendak menuntut wang dirampas oleh polis itu,” kata veteran DAP itu dalam kenyataannya semalam.

Tambah Lim Kit Siang, adakah Najib tahu daripada RM114 juta wang dirampas itu berapakah jumlah wang derma untuk Umno bagi PRU14?

Jika beliau (Najib) tidak tahu katanya, Umno tidak mempunyai sebarang asas untuk menuntut wang itu.

Jelas beliau, inventori yang lengkap perlu dikemukakan kepada pihak polis, menyatakan dengan jelas jumlah derma daripada pelbagai individu dan disahkan pula oleh penderma-penderma terbabit.

Katanya lagi, jika wang tersebut adalah untuk kegunaan PRU14, mengapakah wang tersebut masih ada dan tidak digunakan?

8.0
OVERALL SCORE
: 8.0
Have no any user vote
CATEGORIES
TAGS