Kemunculan pertama Sultanah Kelantan tarik perhatian

Oleh KIM SYAZIE

Sultanah Kelantan, Nur Diana Petra Abdullah membuat kemunculan pertama di Istana Negeri Kubang Kerian semalam apabila berkenan menerima menghadap rombongan Pertubuhan Kerabat D’Raja Kelantan (PKDK).

Sebelum ini, Sultan Muhammad V berkenan mengisytiharkan isteri baginda yang membawa gelaran Duli Yang Maha Mulia Sultanah Nur Diana Petra Abdullah sebagai Sultanah Kelantan pada 2 Ogos lalu.

Turut hadir bersama rombongan PKDK semalam adalah, Tengku Sri Kelantan D’ Raja Kelantan, Datuk Seri Raja Rezza Shah; Tengku Kaya Perkasa Datuk Dr Tengku Mohamed Faziharudean Tengku Feissal dan pegawai-pegawai Istana Kelantan.

Sultanah Nur Diana Petra turut berkenan mengurniakan cenderamata kenangan kepada semua ahli rombongan pada majlis itu.

Selain itu, menerusi perkongsian Unit Media Pejabat Sultan Kelantan di Facebook, beberapa keping potret Sultanah Nur Diana Petra turut dimuatnaik sekaligus meraih perhatian ramai.

Kami kongsikan beberapa potret Sultanah Nur Diana Petra di bawah;

Baca juga: