Kemungkinan Mahathir disiasat, pelakon Nur Fathia berhasrat temubual Najib

Kemungkinan Mahathir disiasat, pelakon Nur Fathia berhasrat temubual Najib

Pelakon dan pengacara Nur Fathia Latiff menerima ucapan penghargaan daripada Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini, ekoran tweetnya pada Jumaat yang mempersoalkan mengenai keputusan Polis Diraja Malaysia (PDRM)  yang berkemungkinan akan menyiasat bekas perdana menteri itu hasil daripada laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) yang ditubuhkan bagi menyiasat skandal kewangan antarabangsa pada era 1990-an itu.

Dr Mahathir yang juga Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) melalui video berdurasi 28 saat di tweeter mengucapkan terima kasih kepada Nur Fathia kerana keprihatinannya.

“Puan Fathia saya ucap terima kasihlah kerana mempertahankan saya…insyaallah kita akan dapat kemenangan akhirnya.Saya kagum dengan keberanian Nur Fathia yang buat statement yang macam itu.. lagipun kita tahu apa yang Najib akan buat,” ujarnya.

Tweet video:

Sebelum itu pada Jumaat Nur Fathia di dalam tweetnya telah berkata: “Nak buka cerita lama balik? Ok let’s talk about a sum of money that was deposited to someone’s personal account. Investigation should be made accordingly and ‘the result’ is to be disclosed to the public since there are questions that have not been fully answered.Agree?,” soalnya yang dipercayai kata-kata itu ditujukan kepada Najib.

Nur Fathia menerusi tweetnya petang ini telah membalas respon Dr Mahathir itu dengan mengatakan:”Saya lebih kagum dengan Tun, mempertahankan maruah negara walaupun ramai yang sudah lupa pada sumbangan Tun yang tiada nilai dengan wang ringgit. Saya juga sedih dengan segilintir manusia yang tak menghargainya.Tetapi tidak mengapa, orang yang tidak buta hati masih dapat  menilai,InsyaAllah.” katanya.

Di dalam tweet juga Nur Fathia memuat naik sekeping gambar beliau mengadakan temubual dengan Dr Mahathir tanpa menyatakan bila pertemuan itu diadakan, secara berseloroh beliau berkata akan dapat diberi peluang untuk bertemubual dengan Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Razak.

“Saya pernah interview Tun sebelum ni, boleh tak bagi saya peluang utk interview @NajibRazak pulak? pleassee? I promise i’ll be good.” ujarnya.

Pada Khamis RCI terhadap skandal Forex -Bank Negara Malaysia (BNM) yang dibentangkan di Dewan Rakyat telah menggesa polis untuk menyiasat bekas perdana menteri Dr Mahathir dan bekas menteri kewangan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Dalam buku laporan bertajuk “Suruhanjaya Siasatan Untuk Menyiasat Kerugian Urus Niaga Mata Wang Asing Oleh Bank Negara Sekitar Tahun 1990-an”, RCI turut menggesa polis menyiasat ahli lembaga pengarah BNM, Jabatan Audit Negara dan Kementerian Kewangan.

 

9.3
OVERALL SCORE
: 8.0
2 user votes x 10.0
CATEGORIES
TAGS