Malaysia Dateline

Kenaikan gaji tahunan khas RM100 untuk penjawat awam

Penjawat awam Gred 11 hingga Gred 56 negara bakal menikmati Bayaran Kenaikan Gaji Tahunan (KGT) tambahan khas sebanyak RM100, kata Perdana Menteri.

Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, Kerajaan Perpaduan amat berterima kasih atas kesungguhan tidak berbelah bahagi anggota awam dalam menyampaikan perkhidmatan terbaik kepada rakyat.

Justeru itu, kerajaan mengumumkan kenaikan tahunan seiring dengan Bantuan Khas Kewangan kepada 1.3 juta penjawat awam.

Bantuan Khas Kewangan itu melibatkan penjawat awam dari gred 56 ke bawah yang akan menerima bantuan sebanyak RM700.

Manakala 1 juta pesara Kerajaan bakal menerima bantuan khas sebanyak RM350.

“Kerajaan memang silih berganti, tetapi penjawat awam kekal setia dan dedikasi demi negara,” kata Anwar ketika membentangkan Rang Undang-Undang Kumpulan Wang Disatukan (Perbelanjaan Masuk Akaun) 2022 dan usul Anggaran Perbelanjaan Pembangunan Sementara 2023 dalam sidang Dewan Rakyat hari ini.