Malaysia Dateline

Kenaikan tambang bas ekspress belum dimuktamadkan

Kementerian Pengangkutan akan mengemukakan syor kepada Jemaah Menteri berhubung gesaan pengusaha bas ekspres untuk menaikkan tambang sebanyak 30 peratus, persidangan Dewan Rakyat diberitahu hari ini.

Timbalan Menteri Pengangkutan Datuk Kamarudin Jaafar berkata kementerian sedang menimbang kadar yang munasabah untuk membantu pengusaha bas yang berdepan peningkatan kos operasi, dan pada masa yang sama tidak membebankan pengguna perkhidmatan itu.

–BERNAMA