Malaysia Dateline

  • Berita
  • Negeri
  • Rencana
  • Kolumnis
  • Antarabangsa
  • Pencerahan
  • DatelineTV
  • Sumbangan
  • Hubungi Kami
Malaysia Dateline
Kenal pasti punca chikungunya di Alor Setar

Kenal pasti punca chikungunya di Alor Setar

BernamaJune 25, 2019 1:57 pm




Kerajaan negeri Kedah telah meminta Jabatan Kesihatan negeri Kedah dan Majlis Bandaraya Alor Setar menjalankan siasatan terperinci bagi mengenal pasti punca sebenar kes chikungunya yang dikesan di satu kawasan di sini sejak Ahad lalu.

Menteri Besar Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir berkata kes tersebut dilihat membimbangkan, namun masih berada dalam keadaan terkawal dan buat masa kini pihaknya sedang menunggu laporan penuh daripada Jabatan Kesihatan Negeri Kedah.

“Saya tahu macam-macam dakwaan yang dibuat berhubung kes ini tetapi biarlah golongan pakar yang cari punca sebenar dan maklumkan tentang penemuan punca penyakit tersebut. Buat masa ini, kes denggi menurun tetapi bila timbul pula kes chikungunya, kita bimbang juga.

“Sebab itu kami mahu kenal pasti di mana nyamuk ini membiak dan bagi memastikan kes ini tidak terus merebak, kerja-kerja semburan asap fogging juga telah dilakukan,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan fasiliti terbaharu Mixer 5 di kilang milik pengeluar tayar Continental Tyres Sdn Bhd di sini, hari ini.

Ahad lalu, 23 individu yang tinggal di deretan rumah kedai berhampiran City Plaza, di sini disyaki menghidap penyakit chikungunya selepas mempunyai tanda-tanda demam, sakit sendi yang teruk dan ruam.

Dalam satu kenyataan semalam, Pengarah Jabatan Kesihatan negeri Kedah, Datuk Dr Norhizan Ismail berkata kebanyakan mereka telah mendapatkan rawatan pesakit luar di klinik swasta sekitar Alor Setar dan berada dalam keadaan stabil.– BERNAMA

 

malaysiadateline.com adalah portal berita percuma yang menyajikan naratif luhur untuk pembaca budiman.

Sumbangan anda adalah penting untuk kelangsungan portal ini. Sila klik butang ‘support us’ dan sumbangan anda adalah sangat dihargai.

 





widget-image
widget-image

Popular

Anwar dicadang buat petisyen kepada Agong, PM tiada majoriti

‘Pas ikut sunnah Trump, kalah pilihan raya tapi mahu jadi kerajaan’

RM35 juta mungkin dah boleh buat lebih 6 buah masjid, kata DAP

Husam potong elaun Senator bermula gaji Januari bantu frontliner

Pemuda Pas jelas tidak menghormati PKP

Terkini

Proklamasi Darurat, rakyat dan teori pusaran keheningan

PN guna duit cukai bayar iklan puji diri

Dr Dzul, Saifudin dan Loke wakil PH dalam JK Bebas nilai Darurat

AMK sambut baik pakej rangsangan Kita Selangor

Wajibkan ujian saringan sebelum mahasiswa pulang ke kampus

Malaysia Dateline
Terima Kasih kerana mengunjungi kami.
SEARCH SOMETHING
© 2017 Malaysia Dateline. All rights reserved. Designed by Media Oren Production