Malaysia Dateline

Kenal tak sampai setahun, gadis Pakistan sanggup masuk secara haram ke India untuk berkahwin

Siapa menyangka perkenalan hanya melalui aplikasi permainan tidak sampai setahun boleh menyebabkan seorang remaja wanita sanggup memasuki negara lain secara haram demi berkahwin dengan kekasih hati.

Perkenalan yang baru saja tercipta beberapa bulan ini mampu mempengaruhi pemikiran gadis ini.

Gadis berusia 19 tahun itu juga telah memalsukan identiti diri untuk tinggal di bandar Bengaluru lapor The Indian Express.

Iqra Jeewani ditahan polis ada Isnin lepas selepas polis mnerima maklumay bahawa seorang warga Pakistan telah memasuki India tanpa dokumen yang sah dan tinggal di bandar tersebut.

Teman lelakinya yang bekerja sebagai pengawal keselamatan, Mulayam Singh Yadav, 26, juga ditahan kerana memberi perlindungan kepada teman wanitanya.

Polis Bengaluru berkata, Yadav tidak tahu Jeewani berasal dari Pakistan dan kemudian mendapat tahu gadis tersebut berasal dari Hyderabad.

Ketika ditangkap, gadis itu sudah berkahwin dengan Yadav dan majlis perkahwinan pula telah diadakan di Kathmandu, Nepal.

Baca juga: Sempat tanya pengikut mengenai sotong, lelaki tak sangka haiwan itu bahaya