Malaysia Dateline

Kenali ratu kegelapan yang diiktiraf dunia peragaan, berjaya pikat hati masyarakat dunia

Model dengan jolokan nama ratu kegelapan ini menyebarkan inspirasi meluas dalam kalangan wanita.

Dalam dunia peragaan, wanita asal Sudan Selatan ini terkenal berkat pigmen kulitnya yang berbeza dengan orang kebanyakan.

Dikenali sebagai Nyakim Gatweck, wanita ini berjaya memecah definisi cantik yang dikatakan terpakai kepada mereka mempunyai kulit putih mulus.

Dia melihat warna kulitnya sebagai sebuah perbezaan yang indah. Dia ingin membuktikan bahwa kecantikan juga milik orang kulit hitam. 

Gatwech mengajak masyarakat untuk tidak memandang sebelah mata pada individu berkulit kulit hitam. 

“Hitam itu berani, hitam itu indah, hitam itu emas. Cintai kulit Anda tak peduli apapun warnanya,” kata Gatwech yang kini berusia 29 tahun.

Bahkan dalam sebuah wawancara lima tahun lalu, Gatwech memberi dukungan penuh agar tak ada lagi penolakan terhadap orang kulit hitam.

“Di era sekarang, orang kulit hitam dipukuli, dibunuh tanpa alasan. Mereka digambarkan sebagai penjahat dan preman,” katanya.

Baca juga: Rumah Kim Kardashian berharga RM101 juta, tapi ramai tak sanggup duduk sebab terasa aura seram

Baca juga: Wanita cuba buka pintu pesawat pada ketinggian 11,000 meter, ditangkap polis