Malaysia Dateline

Kenali tiga golongan penyebab negara kita mundur

Himpunan 400 anak muda dan himpunan 107 Ahli Parlimen dikecam dengan pelbagai andaian. Bodoh, tidak takut mati, gila kuasa dan sebagainya.

Siapa yang berkata begitu? Ia ada tiga golongan. Pertama, mereka yang dikatakan ‘macai’, kedua, mereka yg bergelar walaun dan ketiga mereka yang berfikiran lebih kolot dari rakyat Zimbabwe. Kenapa?

Ketika puluhan ribu manusia di seluruh dunia terutama negara-negara maju seperti bandaraya Los Angeles, Sydney, New York, London dan banyak lagi berdemontrasi mengecam Israel dan membela Palestin, ada kalian melihat mereka menulis di media sosial mengecam tindakan tersebut?

Sebabnya bukan Anwar Ibrahim di kota London tersebut dan bukan Lim Guan Eng di New York tersebut.

Apabila Pusat Pemberian Vaksin (PPV) padat manusia dan dikatakan ramai yang dijangkiti Covid-19 di situ, ada suara-suara mereka ini mengecam di media sosial mereka? Begitu juga jutaan pekerja kilang, mereka bisu.

Kenapa negara kita mundur dan kenapa Umno boleh mengusai negara 60 tahun lamanya? Ia terjadi kerana ada beberapa ‘puak’ Melayu yang mudah diperhambakan. Mahu kenali siapa mereka itu?

1) Puak A

Pemain politik sendiri. Mereka menjadi pengikut dan pengampu politik untuk mendapat laba politik. Kelompok inilah yang kuat menghasut orang Melayu dengan memainkan sentimen perkauman.

Sasaran utama mereka kepada Melayu luar bandar yang rasis atau popular dipanggil ‘macai’. Mereka menghasut untuk perut mereka dan keluarga. Projek dan komisen adalah modus operandi mereka. Yang malangnya orang bawahan (rakyat teramai).

2) Puak B

Golongan orang kampung yang ekstrem kepada agama dan kurang berpendidikan. Kelompok ini mudah terkhayal dengan mereka yang berjubah dan berserban. Mereka ini dianggap mencari jalan pintas ke syurga. Kelompok ini dikenali sebagai walaun.

Puak ini sukar diubah, pertama kerana taksub dan kurang pendidikan. Puak ini takkan peduli apa bukti yang diberikan walaupun sekali lagi bulan terbelah dua. Ketaksuban mereka tidak akan berubah.

3) Puak C

Golongan yang hanya ikut-ikutan. Puak ini tidak berada di dalam parti dan dilihat neutral atau bersederhana dalam politik. Namun, hakikatnya puak ini akan mengecam musuh politik mereka. Contoh, kes himpunan anak muda dan Ahli Parlimen. Jika ajak berhujah mereka sukar menjawab dengan fakta.

Mereka inilah yang ramai terpengaruh dengan Jabatan Komunikasi Komuniti (J-KOM) untuk mengecam tindakan anak muda dan Ahli Parlimen.

Alasannya mudah ‘tak sayang nyawa’ musim Covid-19. Tapi himpunan ribuan untuk Palestin, kesesakan PPV, kesesakan kilang-kilang, himpunan menteri-menteri di rumah Perdana Menteri, dia tak peduli. Golongan inilah yang disebut pemikiran lebih kolot daripada rakyat Zimbabwe.

Kelompok ini ramai dan hanya tahu merungut seperti kes Covid-19 tinggi, ribuan rakyat bunuh diri, ribuan mati kerana Covid-19, jutaan hilang pekerjaan tetapi mereka tidak tahu puncanya dan kenapa ia berlaku.

Mereka hanya merungut. Ini memang gaya kebanyakan orang Melayu, tidak mahu berfikir dan mudah terhasut dan taksub. Sebab itu jika ada kes skim cepat kaya 90 peratus orang Melayu akan tertipu.

Kelompok penyebab negara mundur menggelar anak muda yang menyertai himpunan #Lawan sebagai bodoh dan tidak takut mati.

Moralnya di sini sekarang baharu kita tahu kenapa kerajaan yang dulu boleh bertahan 60 tahun lamanya memerintah negara walaupun berpuluh bilion setahun wang rakyat dirompak setiap tahun. Sebab mentaliti tiga kelompok itu.

Jika kaum Cina menguasai bidang peniagaan, kaum India dan Sikh menguasai bidang perubatan dan guaman, orang Melayu menguasai bidang rasuah. Buktinya setiap bulan yang dibawa ke mahkamah kerana rasuah rata-rata orang Melayu.

Orang Melayu kelas bawahan didoktrinkan dengan sifat perkauman hingga minda mereka terus dijajah dengan dibutakan kebenaran. Bagi mereka negara ini milik orang Melayu sahaja. Orang Melayu sahaja yang perlu dibela hingga orang Melayu boleh melakukan apa sahaja jenis jenayah dan perlu disokong atas nama Melayu.

Apabila dalam keadaan sekarang baru kita sedar. Berbilion wang dirompak tersebut, kita mampu membina 20 lagi hospital dengan kelengkapan terkini. Kita mampu menyediakan penempatan lebih selesa mereka yang dikuarantin. Kita mampu memberikan pelbagai bantuan subsidi kepada rakyat.

Namun, rakyat bergelar macai, walaun dan berfikiran lebih kolot daripada rakyat Zimbabwe itu tidak tahu kekayaan negara ini mampu untuk kerajaan lakukannya tapi kerana merekalah negara ini berhutang trilion. Itu bezanya pemikiran rakyat negara maju dan pemikiran rakyat dunia ketiga.

Pemikiran rakyat dunia ketiga mengakibatkan negara yang kaya ini berhutang trilion ringgit.