Malaysia Dateline

Kenanga kekalkan unjuran ringgit pada 4.15 kepada dolar US pada hujung tahun

Kenanga Investment Bank Bhd mengekalkan sasaran ringgit kepada 4.15 kepada dolar US pada hujung tahun, dan pada masa yang sama menguji paras 4.20 dalam tempoh terdekat.

Dalam notanya hari ini, firma penyelidikan itu berkata keputusan Rizab Persekutuan (Fed) menaikkan kadar faedah jangka pendeknya sebanyak 25 mata asas pada Rabu, akan memudaratkan dolar US pada 2019.

“Ini juga bermakna mengurangkan tekanan ke atas mata wang pasaran pesat membangun. Walaupun, kami menjangkakan tekanan ke atas ringgit akan berterusan sehingga 2019 disebabkan oleh ketidaktentuan ekonomi global, ia (iekanan) dijangkakan berkurangan,” katanya.