Malaysia Dateline

Conventional economic theory tells us that as our currency gets depreciated our goods become cheaper and consequently the demand for them increases

Kenanga Research kekalkan saranan ‘outperform’ ke atas SimeProp

Kenanga Research mengekalkan saranan ‘outperform’ ke atas Sime Darby Property Bhd (SimeProp) dengan harga sasaran RM1.10 berikutan langkah taktikal syarikat tersebut untuk menangani persekitaran pasaran hartanah yang mencabar.

Ini termasuk kajian harga strategik SimeProp dan pemasaran bersasar untuk menghapuskan inventori dengan pengurangan bersasar enam hingga 10 peratus menjelang akhir 2018.

Firma penyelidikan itu berkata, rebat diskaun/hadiah percuma dan insentif lain telah ditawarkan tetapi ini tidak semestinya bermakna ia akan mengikis margin projek dengan ketara daripada paras semasa kerana fasa tertentu setiap projek juga telah dikaji semula untuk menjadi lebih dekat dengan harga pasaran.

“Bagi suku tahun yang akan datang, kami menjangkakan trajektori pendapatan yang lebih kukuh kerana kami menganggarkan pelupusan aset bukan teras yang berjumlah keuntungan sebelum cukai sebanyak RM100 juta, sebagai tambahan kepada pengebilan biasa daripada projek yang sedang berjalan dan usaha pembersihan inventori,” katanya dalam satu nota hari ini.

Menurutnya, syarikat itu menjangkakan penjualan Battersea Fasa 2 Oomersial kepada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja dan Permodalan Nasional Bhd (anggaran nilai 1.6 bilion pound) yang akan dimuktamadkan pada Januari 2019, yang akan mengurangkan tekanan kunci kira-kira masa depan.

“Secara positif, ini juga membolehkan pengiktirafan progresif projek,” katanya.

Pada jam 10.33 pagi, harga saham SimeProp berada pada 97 sen, naik setengah sen dengan 1.12 juta saham didagangkan.

— BERNAMA