Kenanga ulangi saranan ‘beli’ ke atas Serba Dinamik, TP pada RM4.45

Kenanga ulangi saranan ‘beli’ ke atas Serba Dinamik, TP pada RM4.45

Kenanga Research mengulangi saranan ‘beli’ ke atas Serba Dinamik Holdings Bhd dengan harga sasaran (TP) yang tidak berubah pada RM4.45 sesaham.

Firma penyelidikan itu berkata Serba Dinamik dijangkakan mencatat pendapatan suku tahunan paling kukuh tahun ini, sdebanyak kira-kira RM108 juta bagi tempoh suku keempat yang berakhir pada 31 Dis, 2018, hasil daripada aktiviti operasi dan penyelenggaraan yang lebih tinggi menjelang musim sejuk.

“Untuk masa hadapan, perolehan kontrak dijangkakan mencecah RM10 bilion menjelang akhir tahun berbanding RM7.5 bilion pada masa ini untuk aktiviti sekurang-kurangnya selama tiga tahun akan datang.

“Mengulangi prestasi tinggi dengan TP pada RM4.45 susulan pertumbuhan pendapatan dan nilaiannya. Ia juga merupakan pilihan utama kami bagi sektor minyak dan gas,” kata Kenanga dalam kenyataan hari ini.

Pada 10.15 pagi, saham Serba Dinamik di Bursa Malaysia meningkat dua sen kepada RM3.69, dengan 32,400 saham didagangkan.

— BERNAMA