Malaysia Dateline

Kenapa Annuar Musa bersungguh benar mahu kekalkan Bazar Ramadhan di KL

Kesungguhan Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Annuar Musa mahu meneruskan Bazar Ramadhan dan juga menyembur pembersih kuman untuk bangunan tinggi dan jalan raya di ibu kota dipersoalkan.

Ia dilakukan ketika pihak-pihak lain membatalkan Bazar Ramadhan, termasuk di Selangor,  manakala kaedah pembersihan kuman itu juga dipertikaikan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sendiri.

Ada yang mempertikaikan apakah kedua-dua projek ini mempunyai kepentingan tertentu kepada kroni politik selepas berjaya dihentikan oleh kerajaan sebelum ini.

“Aduuh. Harap-harap ini berita palsu. Takkan bangunan dan jalan raya nak disanitisenya. Aduuuuh,” tulis Khalid di twitternya ketika mengulas usaha Annuar Musa gunakan dron untuk sanitise bangunan tinggi.

“Selepas kejatuhan kerajaan PH, semua pelawak dan penipu keluar balik dari sarang masing-masing untuk mendapatkan projek dari menteri yang kurang cerdik.

“Ini kerana mereka tahu, ketika negara dalam suasana krisis, proses perolehan menerusi runding terus adalah diterima,” kata J.me ketika berkicau di twitter ketika mengulas twitter Annuar Musa.

Bekas Menteri Wilayah Persekutuan, Khalid Samad juga mempertikaikan kesungguhan Annuar Musa itu.

“Aduuh. Harap-harap ini berita palsu. Takkan bangunan dan jalan raya nak disanitisenya. Aduuuuh,” tulis Khalid di twitternya.

Annuar melalui twitternya berkata, beliau baru sahaja selesai menguji kesesuaian penggunaan drones untuk kerja sanitising dan disinfecting kawasan Bandaraya.

“Kerja ini perlu dilakukan secara extensive termasuk di bangunan tinggi dan jalan jalan serta tempat awam,” tulis Annuar di twitternya.

Seorang netizen mempertikaikan kesungguhan membuka Bazar Ramadhan ini dengan berkata, “Kalau haji di Mekah boleh dihentikan, kenapa bersungguh sangat untuk buka Bazar Ramadhan ni.”

Sebelum ini, kerajaan PH telah cuba untuk mengawal Bazar Ramadhan agar peniaga menyewa terus tapak-tapak bazar dari Dewan Bandaraya Kuala Lumpur bukan dari orang tengah.

Sebelum kerajaan PH, DBKL hanya menyewakan bazar Ramadhan kepada apa yang dinamakan sebagai persatuan-persatuan peniaga yang akan menyewakan pula tapak itu kepada para peniaga dengan harga yang lebih tinggi.

Persatuan peniaga ini pula sebenarnya dikawal oleh pemimpin politik Umno Bahagian di Kuala Lumpur yang mendapat keuntungan atas angin dari usaha itu.